BAB 6
Aisya melihat wajahnya dalam cermin setelah berpuas hati dengan
secalit make up sederhana. Lalu menggapai beg sandangnya dan keluar mencari
ibunya.
“mak, dah siap?”
“ha…kejap nak pakai tudung”
“ok, Aisya tunggu kat kereta”. Aisya segera menghidupkan enjin
kereta sementara menunggu ibunya. Hari ini mereka akan ke majlis perkahwinan
sahabat baiknya ketika sekolah menengah dan tinggal di asrama bersama-sama dari
tingkatan satu , dia juga sudah lama
tidak berjumpa sahabatnya itu. Kemudian Mak Cik Salmi keluar lalu mengunci
rumah. Aisya segera mengeluarkan kereta My Vi nya , manakala, ibunya menutup
pagar dan menguncinya.Walaupun rumah pengantin dalam daerah Bidor juga, tetapi
perjalanan ke sana
memakan masa sejam lebih untuk sampai.
“Suami Sofea tu orang mana?”
“suami dia asal orang Pahang, tapi keluarga dia menetap di KL. Sofea
la bagi tahu masa hantar kad hari tu. Mak kan pergi rumah Mak Cik Aminah masa dia
datang”
“owh,kerja apa?”
“entah, tak tanya pula. Sofea bagi tahu, dia kenal dengan suami dia
masa belajar kat universiti”. Ibunya hanya mengangguk tanda mengerti.
Setelah sejam lebih
perjalanan, mereka pun sampai, nasib baik Aisya masih ingat jalan ke rumah
Sofea kerana dia pernah datang ketika hari raya. Aisya turun dengan membawa
hadiah yang agak besar lalu berjalan menuju ke arah ibu Sofea yang sibuk
melayani tetamu.
“eh! Aisya…dah sampai..terima kasih la datang Salmi”, mereka berdua
bersalaman.
“mak cik, Sofea kat dalam, saya masuk tengok Sofea ya?”
“pergi la…dia ada dalam bilik”. Aisya dan ibunya terus masuk ke
dalam rumah.
“Assalamualaikum, Sofea…”
“waalaikumussalam…Aisya…!”. Sofea menjawab salam ketika dia sedang
bersiap-siap memakai baju pengantin fesyen kebaya yang berwarna merah tua dan
putih, sungguh cantik Sofea pada hari
tersebut.
“Aisya, sabar ya…kita merancang Allah yang tentukan. Aku yakin Dia
telah tetapkan jodoh yang lebih baik…sabar ya”. Sofea memberi sedikit motivasi
kepada Aisya kerana berita kematian tragis tunang Aisya diketahuinya ketika
sepupu Aisya memaklumkan kepadanya pada malam itu. Sofea sangat bersimpati dan
sedih di atas dugaan yang menimpa kawan karibnya sejak sekolah.
“terima kasih Sofea. Aku redha..”, sayu sahaja suara Aisya ketika
mereka berdua erat berpelukan, sambil tangan Sofea mengusap belakang Aisya.
Ketika Aisya dan ibunya mahu keluar untuk ke khemah makan, tiba-tiba
datang seorang gadis lingkungan 20-an datang dengan muka yang menahan sakit.
“akak Sofea , Bada tak boleh lah jadi pengapit akak. Sakit perut ni,
dah banyak kali ke tandas ni. Ni pun belum tentu lagi”
“la, dah tu kenapa pula? Hang
makan apa semalam?”
“tu la, rasa makan ayam masak merah kot. Memang pedas ayam semalam.
Sorry akak takut elok-elok tengah jadi pengapit akak, tiba-tiba datang pulak
angin dia habislah…”. Bada ataupun Badariah yang merupakan adik Sofea,
berkata-kata sambil tangan kanannya memegang perut dan mukanya menahan
kesakitan yang teramat.
“aduh!habis tu macam mana?siapa nak jadi pengapit aku?”. Lama dia
berfikir untuk mencari seseorang yang boleh menggantikan tempat Bada. Dalam
hatinya berkata-kata , yang Bada tu pun
dah tahu tak boleh makan pedas makan jugak..!
“hah!..ehmmm…Syikin kau panggil kawan akak tadi yang datang dengan
mak dia. Nama dia Aisya, cepat!”. Arahnya kepada sepupunya yang turut berada di
dalam biliknya. Dengan pantas Syikin terus pergi mencari Aisya. Dalam fikiran
Sofea, hanya kawan karibnya yang boleh , buat masa ni dan dia bersyukur kepada
Allah kerana otaknya masih boleh berfikir dalam keadaan genting yang mana pihak
pengantin lelaki akan sampai bila-bila masa. Hal ini kerana , Ikram sempat
menghantar mesej kepadanya bahawa dia dalam perjalanan ke sini dari rumah
tumpangan yang tidak berapa jauh dari rumah Sofea.
Malam semalam, Sofea dan
Ikram telah diijabkabulkan di masjid dalam kampong mereka, dengan dua kali
lafaz akhirnya Sofea sah bergelar isteri kepada Ikram. Lafaz pertama tidak sah
kerana , Ikram terlalu gementar dengan sehingga tersasul ketika menyebut nama
bakal isterinya. Situasi itu membuatkan semua tetamu tertawa termasuk Sofea
kerana tidak dapat menahan melihat pengantin lelaki yang menahan malu sehingga
wajahnya kemerah-merahan. Tersenyum Sofea tatkala mendengar lafaz kedua yang
lancar dan disahkan oleh saksi setelah Ikram diberi ruang untuk bertenang
seketika. Sofea yang pada malam tersebut manis mengenakan baju kurung moden
berwarna putih gading sedondon dengan Ikram yang berbaju melayu.
“kenapa?”, soal Aisya yang hairan namanya disebut oleh gadis sunti
yang tidak dikenalinya.
“akak Sofea panggil, katanya cepat, sebelum pengantin laki sampai?”.
Aisya masih lagi termangu-mangu ketika dia dan ibunya sedang menjamah nasi minyak. Tiba-tiba talefon bimbit Aisya
berbunyi. Dia kehairanan kerana pemanggilnya Sofea! Dia segera menjawab.
“hah!”. Aisya terkejut.
“tolong aku ek..Aisya jadi pengapit aku”
“aku, malulah…”
“tolong la aku, tak pe kau makan dulu. Lepas makan kau datang kat
bilik aku ek dengan mak kau. Aku tunggu. Tolong
pihak laki akan sampai bila-bila je ni..tolong ya”. Akhirnya Aisya
setuju kemudian dia memberitahu ibunya dan ibunya mengangguk tanda faham.
“ehmm, kau pergi ajalah, Aisya. Mak tunggu kat luar boleh tengok
pengantin laki dekat sikit. Beg kamu biar mak pegang susah nanti kamu nak jadi
pengapit”. Aisya sekadar menurut setelah mereka berdua berjalan beriringan
masuk ke halaman rumah.
Aisya tersenyum melihat
Sofea yang menantinya. Sofea bingkas bangun dan menyapa.
“ehmmm, terima kasihla”
“ala…member punya pasal..tak pe”. Mereka berdua ketawa gembira.
Sofea kemudiannya memandang Aisya. Boleh tahan ayu! Aisya hari ni. Aisya yang
memakai sepasang kebaya labuh yang longgar sedikit berkain lipat batik bercorak
bunga ros , berwarna merah jambu serta berlabuci kecil berbentuk motif bunga
halus di bahagian belahannya. Dia yang juga sekadar bersolek sederhana
membuatkan keayuan dan keaslian wajahnya yang putih bersih terserlah walaupun
sederhana. Siapa yang terpandang pasti terpikat! Itu pada pandangan Sofea
terhadap Aisya.
“eh! Yang kau tengok aku kenapa?”
“saja…lawa jugak kau hari ni, boleh kalah aku”. Aisya ketawa.
“tapi tak boleh lawan, seri pengantin kau”. Sofea turut ketawa
mendengar usikan Aisya, merah padam mukanya.
Kompang dipalu menandakan, pengantin lelaki sudah sampai. Aisya dan
Sofea bersiap-siap turun untuk
disandingkan Sofea dan Ikram. Ketika Ikram turun dari kereta Perdananya, Firman
menegur.
“oits!jangan gelabah pula, macam semalam”. Sindir Firman.
“hish..!kau ni saja tau!”. Ikram bernada geram dengan usikan Firman.
Akhirnya mereka ketawa. Firman yang memegang payung berwarna diraja mengiringi
Ikram dan rombongan yang mengikuti di belakang di samping paluan kompang daripada anak-anak muda kampung Sofea
mengalunkan lagu selamat ke atas mempelai. Ikram hampir lenguh sendi pipinya
kerana sejak dari tadi asyik tersenyum. Namun akhirnya senyumannya lebih
terukir mekar tatkala melihat isteri tercinta menuju ke arahnya.
“eh!macam pernah tengok pengapit Sofea tu”, Firman berseloroh tetapi
hanya dalam hati.
Kedua-dua mempelai
sama-sama tersenyum bahagia di samping dipuji oleh para tetamu kerana saperti
pinang dibelah dua, sama cantik sama padan! Termasuk ibu Aisya yang melihat dari bawah pokok
rambutan yang rending di halaman rumah Sofea.
Firman pula mengakui
kecantikan Sofea pada hari bersejarah Ikram dan Sofea, namun dia lebih tertarik
dengan Aisya yang berada disisi Sofea sebagai pengapit. Firman yang juga
berbaju Melayu berwarna ‘pink’ seakan-akan sedondon pula dengan pengapit
perempuan. Pada pandangan Firman, Aisya
memiliki kecantikan asli yang kebanyakan tidak ada pada wanita-wanita
lain. Sungguh dia tertarik tatkala memandang senyuman manis yang terukir sehingga
memperlihatkan lesung pipit yang agak dalam ketika Sofea dan Ikram disandingkan
di atas pelamin. Hatinya bergetar hebat. Bagi Aisya pula, tiada apa yang
menarik perhatiannya selain dua mempelai yang telah berjaya disatukan dengan
sah pada hari yang bermakna. Dalam diam hati Aisya sedikit terusik apabila
mengenangkan perkahwinannya dengan Arwah Taufik tidak menjadi realiti.
Selesai bersanding, dan
gambar pun sudah diambil oleh jurukamera serta tidak ketinggalan saudara mara
dan sahabat yang datang , kedua mempelai
ke meja makan untuk menjamu selera pula. Firman dan Aisya turut serta sebagai
pengapit pengantin. Sungguh berselera Ikram makan, namun Sofea sekadar perlahan-lahan
menyuap makanan ke dalam mulut.
“pengantinnya..suapla”. Tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki,
rupa-rupanya abang sulung Sofea yang berada di situ untuk mengambil gamar.
Sememangnya abang Sofea suka menyakatnya. Sofea dan Ikram masing-masing meyuapkan
nasi, sambil detik-detik indah itu dirakam oleh jurukamera yang disewa. Firman
tersenyum, dalam hatinya terdetik. ‘agaknya kalau aku kahwin nanti pun macam ni
jugalah..’.
Dia kemudian memandang ke
arah Aisya yang kelihatan suram sedikit kerana masih mengingatkan arwah Taufik.
Firman melemparkan senyuman kepada Aisya, lalu Aisya yang sedar dia dipandang
Firman cepat-cepat pusing sebelum sekadar secalit senyuman yang diberikan.
Pada hari ahad itu, Aisya tidak buat apa-apa setelah mengemas rumah
dan menyidai baju di ampaian. Ibunya pula sedang menyiapkan sarapan pagi. Dia
sekadar baring di sofa sambil membaca novel yang baru dibelinya seminggu lalu.
Dia tidak sempat untuk membacanya kerana terlalu sibuk dengan tugasnya sebagai
guru.
“Aisya, mari makan”. Dia bingkas bangun, hidungnya boleh terhidu bau
mee goreng kesukaanya. Lantas itu ,perutnya berkeroncong. Dengan pantas dia
menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya berhadapan dengan ibunya. Laju
sahaja dia meyuapkan mee goreng ke dalam mulut. Berselera dia makan pada pagi
itu.
Selesai makan dan membasuh pinggan dia
segera menyambung bacaan novelnya. Kadangkala kedengaran tawanya ketika membaca
membuatkan ibunya menggeleng kepala melihat Aisya dalam hatinya berkata, kalau
dah gila novel! Boleh dikatakan dia membaca sampai jam menunjukkan tepat pukul
dua belas tengahari, dia bingkas bangun dan menuju ke dapur melihat ibunya
sedang menyiang ikan keli.
“mak, nak masak apa?, Aisya tolong ya?”
“nak bakar je ikan ni, sayur dah digoreng tadi. Lauk lain pun dah
siap tinggal ni je lagi”
“owh..ye ke… maaf la mak. Khusyuk baca novel tadi. Kenapa mak tak
panggil”
“tak pelah, kau pun mak tengok baru berehat hari ni, kalau tak sibuk
memanjang. Tak pe biar mak masak je hari ni. Bukan apa mak kesian tengok kau
asyik sibu dengan kerja kadang-kadang sampai lupa nak makan. Sudah pergi mandi
, lepas zohor kita sama-sama. Nanti, adik kau nak balik, agaknya dalam petang
nanti sampai”. Aisya hanya mengangguk kemudian berlalu dari situ sambil
memegang novel ‘cinta tiga suku’ karya Herna Diana dan naik ke bilik untuk
mandi.
Selepas siap membasuh
pinggan dan mengemas meja pada waktu makan tengahari Aisya menonton televisyen bersama-sama dengan
ibunya. Ketika khusyuk menonton filem
Melayu yang ditayangkan di Tv3, talefonnya berdering.
“hello,kenapa?”. Aisya menekan butang angkat setelah melihat nama
pemanggil adiknya, Aliff.
“kak, motor Aliff rosak , baru nak jalan. Kak tolong ambil ya”
“ehmmm, macam mana boleh rosak. Tunggu kak datang, kau kat mana?”
“Aliff dekat poli la ni, baru sekerat jalan dah rosak tak tahu
kenapa, ingat nak hantar bengkel dulu dengan kawan, kalau kak sampai dulu kak
tunggu ya”. Setelah Aisya bersetuju dengan Aliff segera dia bangun untuk
bersiap.
“kenapa?”, ibunya bertanya.
“Aliff, motor dia rosak. Aisya nak
pergi ambil dia”. Aliff cuti selama seminggu dan perlu balik kerana
tiada siapa yang tinggal di asrama, oleh itu dia menghubungi kakaknya untuk
mengambilnya.
“la, kenapa macam tu”
“biasalah tu mak, barang baru pun lama-lama rosak jugak. Aisya nak
bersiap dulu”. Dia berlalu menuju ke biliknya.
Masih bermain-main
diminda Firman peristiwa yang melucukan baginya. Terbayang wajah Aisya yang
kelam kabut kerana melanggarnya sehingga menyebabkan minuman yang dipegang
Firman tertumpah pada bajunya sendiri. Nasib baik majlis sudah selesai.
“maaf…maaf. Saya tak sengaja” sambil tanggan Aisya memegang tisu
untuk lap air yang tumpah. Dia kalut kerana ibunya yang memaklumkan sepupu
arwah ayahnya akan datang untuk menziarahi dan sudah sampai di pekan Bidor.
Oleh itu, dia dengan kelam kabut sehingga terlanggar Firman yang berjalan
menuju ke meja makan.
“eh, tak pe. Awak tak sengaja”
“ehmm, baju awak macam mana?biar saya basuh la”
“eh…tak pe , tak pe. Sikit je ni. Awak macam nak cepat”
“sorry, betul betul sorry saudara nak datang , sekarang ni pun dah
dekat pekan Bidor”
“kalau macam tu, baik awak pergi cepat. Tak pe, saya tak ada
apa-apa”
“terima kasih, saya pergi dulu”.
Tersenyum Firman
mengingatkan kembali detik itu. Pada waktu itu , dia dapat melihat seraut wajah
yang ayu milik Aisya dari dekat. Dapat dilihat matanya yang bundar dn redup ,
seulas bibir yang mahal dengan senyuman walaupun jarang melihat Aisya tersenyum
lesung pipitnya akan kelihatan ketika bercakap dan hidung yang comel. Betul dia
telah gila bayang!
“hish!kenapa aku teringat kat dia pula, entah dia ada kekasih tak
pun tunang”. Firman menyeka rambutnya ke
belakang, tidak keruan hatinya apabila teringatkan wanita yang berjaya membuka
hatinya dalam diam tanpa disedarinya sendiri. Aisya!
Sejak dari itu, dia
seorang yang pendiam, sehinggakan perubahannya disedari oleh orang gajinya yang
datang setiap hari dan dihantar suami kerana tugasnya hanya mengemas rumah dan
membasuh baju serta menolong Datin Rosmina menghidangkan lauk ketika waktu
makan. Tetapi memasak, Datin Rosmina akan menyediakan sendiri kerana mahu anak-anaknya makan makanan air tangannya
sendiri. Apabila tepat pukul enam setengah dia akan pulang. Walaupun tidak
tinggal dirumah besar milik datuk dan
datin, dia tetap disediakan bilik untuk memudahkan dia solat dan berehat-rehat.
“Firman, kenapa mak cik tengok. Sejak-sejak ni asyik diam
kadang-kadang termenung saja”. Tegur Mak Melah ketika Firman meneguk air sejuk
dari peti ais.
“tak ada apalah Mak Melah. Letih je banyak kerja tak cukup tidur”
“ye lah tu”
“Mak Melah bila balik sini”. Tanya Firman kepada Mak Melah yang
mengambil cuti selama tiga minggu kerana
kakak kandungnya meninggal dunia di kampung.
“semalam”
“la kan
mama bagi cuti lama, sebulan, kenapa awal balik?”
“tak boleh la. Fir, kesian kat mama kau, nanti sapa nak kemas rumah
kamu. Tak pelah mama kau pun dah banyak tolong Mak Melah, gaji jalan pulak
tu, lama –lama cuti pun bukan boleh buat
apa bosan!lagipun pun yang pergi tetap pergi…”. Mak melah memang terhutang budi
dengan keluarga Firman dan dia tidak mahu cuti lama-lama kerana gajinya tetap
jalan tapi kerja tak berjalan! Membuatkan dia serba –salah. Tersenyum Firman
mendengarnya, Mak Melah memang baik dengan keluarganya dan telah berhidmat
selama lima
tahun dengan keluarganya.
“tak pelah, kalau macam tu, Mak Melah. Saya naik atas dulu ya nak
mandi”
“ehm, pergilah”. Dalam hati Mak Melah tercuit melihat Firman yang
tak bermaya dan seperti kusut. Hatinya menduga, mungkin Firman ni ada masalah
angau!. Tiba-tiba Mak Melah tergelak kecil dan menggeleng-gelengkan kepalanya
memikirkan Firman.
“opocot kau!eh!”. Terdengar suara Fakriz tertawa kerana berjaya mengusik Mak Melah yang
melatah.
“hishh…kamu ni suka menyakat akulah!”, Mak Melah geram.
“hahaha…Mak Melah yang duduk tersengih-sengih seorang diri kenapa?teringat
kat sapa tu..”. Fakriz yang masih
mengusik.
“eh!kau ni jangan sibuk hal orang tua. Kau tu kecik lagi tak tahu
apa-apa”
“Mak Melah ni tak sporting la, saya dah besar mana kecik lagi dah lima belas tahun dah”
“lima
belas tahun dikatanya besar eh..budak ni”. Tiba-tiba telinganya ditarik oleh
Datin Rosmina yang datang dari arah belakang.
“mama. Sakit la…”. Fakriz merayu, tangan mamanya masih memulas
telinga.
“tahu pun, lain kali jangan nak mengusik Mak Melah faham, tak baik.
Orang tua mesti hormat tahu..”
“tak pelah datin, dia melawak je tu. Budak-budak datin biasala tu…”.
Mak Melah membela Fakriz kesian pula melihat dia dipulas telinga sehingga merah
dah la kulit putih.
“ye la mama ni. Maaf ya Mak Melah”. Fakriz meminta maaf kepada Mak
Melah. Mak Melah tidak ambil hati pun kerana dia tahu anak bongsu datin memang
suka buat kecoh macam abangnya juga Firman.
“ye la, datin sudah la tu, kesian dia. Kalau tak ada dia tak meriah
rumah ni datin”. Tangan datin segera melepaskan telinga Fakriz yang sudah merah.
Datin Rosmina hanya menggelengkan kepalanya. Adik dengan abang sama
saja...terdengar keluhannya.
No comments:
Post a Comment