Pages

Friday, June 14, 2013

BAB 6

Aisya melihat wajahnya dalam cermin setelah berpuas hati dengan secalit make up sederhana. Lalu menggapai beg sandangnya dan keluar mencari ibunya.
“mak, dah siap?”
“ha…kejap nak pakai tudung”
“ok, Aisya tunggu kat kereta”. Aisya segera menghidupkan enjin kereta sementara menunggu ibunya. Hari ini mereka akan ke majlis perkahwinan sahabat baiknya ketika sekolah menengah dan tinggal di asrama bersama-sama dari tingkatan satu ,  dia juga sudah lama tidak berjumpa sahabatnya itu. Kemudian Mak Cik Salmi keluar lalu mengunci rumah. Aisya segera mengeluarkan kereta My Vi nya , manakala, ibunya menutup pagar dan menguncinya.Walaupun rumah pengantin dalam daerah Bidor juga, tetapi perjalanan ke sana memakan masa sejam lebih untuk sampai.
“Suami Sofea tu orang mana?”
“suami dia asal orang Pahang, tapi keluarga dia menetap di KL. Sofea la bagi tahu masa hantar kad hari tu. Mak kan pergi rumah Mak Cik Aminah masa dia datang”
“owh,kerja apa?”
“entah, tak tanya pula. Sofea bagi tahu, dia kenal dengan suami dia masa belajar kat universiti”. Ibunya hanya mengangguk tanda mengerti.
     Setelah sejam lebih perjalanan, mereka pun sampai, nasib baik Aisya masih ingat jalan ke rumah Sofea kerana dia pernah datang ketika hari raya. Aisya turun dengan membawa hadiah yang agak besar lalu berjalan menuju ke arah ibu Sofea yang sibuk melayani tetamu.
“eh! Aisya…dah sampai..terima kasih la datang Salmi”, mereka berdua bersalaman.
“mak cik, Sofea kat dalam, saya masuk tengok Sofea ya?”
“pergi la…dia ada dalam bilik”. Aisya dan ibunya terus masuk ke dalam rumah.
“Assalamualaikum, Sofea…”
“waalaikumussalam…Aisya…!”. Sofea menjawab salam ketika dia sedang bersiap-siap memakai baju pengantin fesyen kebaya yang berwarna merah tua dan putih, sungguh cantik Sofea  pada hari tersebut.
“Aisya, sabar ya…kita merancang Allah yang tentukan. Aku yakin Dia telah tetapkan jodoh yang lebih baik…sabar ya”. Sofea memberi sedikit motivasi kepada Aisya kerana berita kematian tragis tunang Aisya diketahuinya ketika sepupu Aisya memaklumkan kepadanya pada malam itu. Sofea sangat bersimpati dan sedih di atas dugaan yang menimpa kawan karibnya sejak sekolah.
“terima kasih Sofea. Aku redha..”, sayu sahaja suara Aisya ketika mereka berdua erat berpelukan, sambil tangan Sofea mengusap belakang Aisya.

Ketika Aisya dan ibunya mahu keluar untuk ke khemah makan, tiba-tiba datang seorang gadis lingkungan 20-an datang dengan muka yang menahan sakit.
“akak Sofea , Bada tak boleh lah jadi pengapit akak. Sakit perut ni, dah banyak kali ke tandas ni. Ni pun belum tentu lagi”
“la,  dah tu kenapa pula? Hang makan apa semalam?”
“tu la, rasa makan ayam masak merah kot. Memang pedas ayam semalam. Sorry akak takut elok-elok tengah jadi pengapit akak, tiba-tiba datang pulak angin dia habislah…”. Bada ataupun Badariah yang merupakan adik Sofea, berkata-kata sambil tangan kanannya memegang perut dan mukanya menahan kesakitan yang teramat.
“aduh!habis tu macam mana?siapa nak jadi pengapit aku?”. Lama dia berfikir untuk mencari seseorang yang boleh menggantikan tempat Bada. Dalam hatinya berkata-kata ,  yang Bada tu pun dah tahu tak boleh makan pedas makan jugak..!
“hah!..ehmmm…Syikin kau panggil kawan akak tadi yang datang dengan mak dia. Nama dia Aisya, cepat!”. Arahnya kepada sepupunya yang turut berada di dalam biliknya. Dengan pantas Syikin terus pergi mencari Aisya. Dalam fikiran Sofea, hanya kawan karibnya yang boleh , buat masa ni dan dia bersyukur kepada Allah kerana otaknya masih boleh berfikir dalam keadaan genting yang mana pihak pengantin lelaki akan sampai bila-bila masa. Hal ini kerana , Ikram sempat menghantar mesej kepadanya bahawa dia dalam perjalanan ke sini dari rumah tumpangan yang tidak berapa jauh dari rumah Sofea.
     Malam semalam, Sofea dan Ikram telah diijabkabulkan di masjid dalam kampong mereka, dengan dua kali lafaz akhirnya Sofea sah bergelar isteri kepada Ikram. Lafaz pertama tidak sah kerana , Ikram terlalu gementar dengan sehingga tersasul ketika menyebut nama bakal isterinya. Situasi itu membuatkan semua tetamu tertawa termasuk Sofea kerana tidak dapat menahan melihat pengantin lelaki yang menahan malu sehingga wajahnya kemerah-merahan. Tersenyum Sofea tatkala mendengar lafaz kedua yang lancar dan disahkan oleh saksi setelah Ikram diberi ruang untuk bertenang seketika. Sofea yang pada malam tersebut manis mengenakan baju kurung moden berwarna putih gading sedondon dengan Ikram yang berbaju melayu.
“kenapa?”, soal Aisya yang hairan namanya disebut oleh gadis sunti yang tidak dikenalinya.
“akak Sofea panggil, katanya cepat, sebelum pengantin laki sampai?”. Aisya masih lagi termangu-mangu ketika dia dan ibunya sedang menjamah  nasi minyak. Tiba-tiba talefon bimbit Aisya berbunyi. Dia kehairanan kerana pemanggilnya Sofea! Dia segera menjawab.
“hah!”. Aisya terkejut.
“tolong aku ek..Aisya jadi pengapit aku”
“aku, malulah…”
“tolong la aku, tak pe kau makan dulu. Lepas makan kau datang kat bilik aku ek dengan mak kau. Aku tunggu. Tolong  pihak laki akan sampai bila-bila je ni..tolong ya”. Akhirnya Aisya setuju kemudian dia memberitahu ibunya dan ibunya mengangguk tanda faham.
“ehmm, kau pergi ajalah, Aisya. Mak tunggu kat luar boleh tengok pengantin laki dekat sikit. Beg kamu biar mak pegang susah nanti kamu nak jadi pengapit”. Aisya sekadar menurut setelah mereka berdua berjalan beriringan masuk ke halaman rumah.
     Aisya tersenyum melihat Sofea yang menantinya. Sofea bingkas bangun dan menyapa.
“ehmmm, terima kasihla”
“ala…member punya pasal..tak pe”. Mereka berdua ketawa gembira. Sofea kemudiannya memandang Aisya. Boleh tahan ayu! Aisya hari ni. Aisya yang memakai sepasang kebaya labuh yang longgar sedikit berkain lipat batik bercorak bunga ros , berwarna merah jambu serta berlabuci kecil berbentuk motif bunga halus di bahagian belahannya. Dia yang juga sekadar bersolek sederhana membuatkan keayuan dan keaslian wajahnya yang putih bersih terserlah walaupun sederhana. Siapa yang terpandang pasti terpikat! Itu pada pandangan Sofea terhadap Aisya.
“eh! Yang kau tengok aku kenapa?”
“saja…lawa jugak kau hari ni, boleh kalah aku”. Aisya ketawa.
“tapi tak boleh lawan, seri pengantin kau”. Sofea turut ketawa mendengar usikan Aisya, merah padam mukanya.

Kompang dipalu menandakan, pengantin lelaki sudah sampai. Aisya dan Sofea bersiap-siap  turun untuk disandingkan Sofea dan Ikram. Ketika Ikram turun dari kereta Perdananya, Firman menegur.
“oits!jangan gelabah pula, macam semalam”. Sindir Firman.
“hish..!kau ni saja tau!”. Ikram bernada geram dengan usikan Firman. Akhirnya mereka ketawa. Firman yang memegang payung berwarna diraja mengiringi Ikram dan rombongan yang mengikuti di belakang di samping paluan kompang  daripada anak-anak muda kampung Sofea mengalunkan lagu selamat ke atas mempelai. Ikram hampir lenguh sendi pipinya kerana sejak dari tadi asyik tersenyum. Namun akhirnya senyumannya lebih terukir mekar tatkala melihat isteri tercinta menuju ke arahnya.
“eh!macam pernah tengok pengapit Sofea tu”, Firman berseloroh tetapi hanya dalam hati.
     Kedua-dua mempelai sama-sama tersenyum bahagia di samping dipuji oleh para tetamu kerana saperti pinang dibelah dua, sama cantik sama padan! Termasuk  ibu Aisya yang melihat dari bawah pokok rambutan yang rending di halaman rumah Sofea.
     Firman pula mengakui kecantikan Sofea pada hari bersejarah Ikram dan Sofea, namun dia lebih tertarik dengan Aisya yang berada disisi Sofea sebagai pengapit. Firman yang juga berbaju Melayu berwarna ‘pink’ seakan-akan sedondon pula dengan pengapit perempuan. Pada pandangan Firman, Aisya  memiliki kecantikan asli yang kebanyakan tidak ada pada wanita-wanita lain. Sungguh dia tertarik tatkala memandang senyuman manis yang terukir sehingga memperlihatkan lesung pipit yang agak dalam ketika Sofea dan Ikram disandingkan di atas pelamin. Hatinya bergetar hebat. Bagi Aisya pula, tiada apa yang menarik perhatiannya selain dua mempelai yang telah berjaya disatukan dengan sah pada hari yang bermakna. Dalam diam hati Aisya sedikit terusik apabila mengenangkan perkahwinannya dengan Arwah Taufik tidak menjadi realiti.
      Selesai bersanding, dan gambar pun sudah diambil oleh jurukamera serta tidak ketinggalan saudara mara dan sahabat yang datang ,  kedua mempelai ke meja makan untuk menjamu selera pula. Firman dan Aisya turut serta sebagai pengapit pengantin. Sungguh berselera Ikram makan, namun Sofea sekadar perlahan-lahan menyuap makanan ke dalam mulut.
“pengantinnya..suapla”. Tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki, rupa-rupanya abang sulung Sofea yang berada di situ untuk mengambil gamar. Sememangnya abang Sofea suka menyakatnya. Sofea dan Ikram masing-masing meyuapkan nasi, sambil detik-detik indah itu dirakam oleh jurukamera yang disewa. Firman tersenyum, dalam hatinya terdetik. ‘agaknya kalau aku kahwin nanti pun macam ni jugalah..’.
     Dia kemudian memandang ke arah Aisya yang kelihatan suram sedikit kerana masih mengingatkan arwah Taufik. Firman melemparkan senyuman kepada Aisya, lalu Aisya yang sedar dia dipandang Firman cepat-cepat pusing sebelum sekadar secalit senyuman yang diberikan.

Pada hari ahad itu, Aisya tidak buat apa-apa setelah mengemas rumah dan menyidai baju di ampaian. Ibunya pula sedang menyiapkan sarapan pagi. Dia sekadar baring di sofa sambil membaca novel yang baru dibelinya seminggu lalu. Dia tidak sempat untuk membacanya kerana terlalu sibuk dengan tugasnya sebagai guru.
“Aisya, mari makan”. Dia bingkas bangun, hidungnya boleh terhidu bau mee goreng kesukaanya. Lantas itu ,perutnya berkeroncong. Dengan pantas dia menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya berhadapan dengan ibunya. Laju sahaja dia meyuapkan mee goreng ke dalam mulut. Berselera dia makan pada pagi itu.
     Selesai makan dan membasuh pinggan dia segera menyambung bacaan novelnya. Kadangkala kedengaran tawanya ketika membaca membuatkan ibunya menggeleng kepala melihat Aisya dalam hatinya berkata, kalau dah gila novel! Boleh dikatakan dia membaca sampai jam menunjukkan tepat pukul dua belas tengahari, dia bingkas bangun dan menuju ke dapur melihat ibunya sedang menyiang ikan keli.
“mak, nak masak apa?, Aisya tolong ya?”
“nak bakar je ikan ni, sayur dah digoreng tadi. Lauk lain pun dah siap tinggal ni je lagi”
“owh..ye ke… maaf la mak. Khusyuk baca novel tadi. Kenapa mak tak panggil”
“tak pelah, kau pun mak tengok baru berehat hari ni, kalau tak sibuk memanjang. Tak pe biar mak masak je hari ni. Bukan apa mak kesian tengok kau asyik sibu dengan kerja kadang-kadang sampai lupa nak makan. Sudah pergi mandi , lepas zohor kita sama-sama. Nanti, adik kau nak balik, agaknya dalam petang nanti sampai”. Aisya hanya mengangguk kemudian berlalu dari situ sambil memegang novel ‘cinta tiga suku’ karya Herna Diana dan naik ke bilik untuk mandi.
     Selepas siap membasuh pinggan dan mengemas meja pada waktu makan tengahari  Aisya menonton televisyen bersama-sama dengan ibunya. Ketika khusyuk menonton  filem Melayu yang ditayangkan di Tv3, talefonnya berdering.
“hello,kenapa?”. Aisya menekan butang angkat setelah melihat nama pemanggil adiknya, Aliff.
“kak, motor Aliff rosak , baru nak jalan. Kak tolong ambil ya”
“ehmmm, macam mana boleh rosak. Tunggu kak datang, kau kat mana?”
“Aliff dekat poli la ni, baru sekerat jalan dah rosak tak tahu kenapa, ingat nak hantar bengkel dulu dengan kawan, kalau kak sampai dulu kak tunggu ya”. Setelah Aisya bersetuju dengan Aliff segera dia bangun untuk bersiap.
“kenapa?”, ibunya bertanya.
“Aliff, motor dia rosak. Aisya nak  pergi ambil dia”. Aliff cuti selama seminggu dan perlu balik kerana tiada siapa yang tinggal di asrama, oleh itu dia menghubungi kakaknya untuk mengambilnya.
“la, kenapa macam tu”
“biasalah tu mak, barang baru pun lama-lama rosak jugak. Aisya nak bersiap dulu”. Dia berlalu menuju ke biliknya.

     Masih bermain-main diminda Firman peristiwa yang melucukan baginya. Terbayang wajah Aisya yang kelam kabut kerana melanggarnya sehingga menyebabkan minuman yang dipegang Firman tertumpah pada bajunya sendiri. Nasib baik majlis sudah  selesai.
“maaf…maaf. Saya tak sengaja” sambil tanggan Aisya memegang tisu untuk lap air yang tumpah. Dia kalut kerana ibunya yang memaklumkan sepupu arwah ayahnya akan datang untuk menziarahi dan sudah sampai di pekan Bidor. Oleh itu, dia dengan kelam kabut sehingga terlanggar Firman yang berjalan menuju ke meja makan.
“eh, tak pe. Awak tak sengaja”
“ehmm, baju awak macam mana?biar saya basuh la”
“eh…tak pe , tak pe. Sikit je ni. Awak macam nak cepat”
“sorry, betul betul sorry saudara nak datang , sekarang ni pun dah dekat pekan Bidor”
“kalau macam tu, baik awak pergi cepat. Tak pe, saya tak ada apa-apa”
“terima kasih, saya pergi dulu”.
     Tersenyum Firman mengingatkan kembali detik itu. Pada waktu itu , dia dapat melihat seraut wajah yang ayu milik Aisya dari dekat. Dapat dilihat matanya yang bundar dn redup , seulas bibir yang mahal dengan senyuman walaupun jarang melihat Aisya tersenyum lesung pipitnya akan kelihatan ketika bercakap dan hidung yang comel. Betul dia telah gila bayang!
“hish!kenapa aku teringat kat dia pula, entah dia ada kekasih tak pun tunang”. Firman  menyeka rambutnya ke belakang, tidak keruan hatinya apabila teringatkan wanita yang berjaya membuka hatinya dalam diam tanpa disedarinya sendiri. Aisya!                                                            
     Sejak dari itu, dia seorang yang pendiam, sehinggakan perubahannya disedari oleh orang gajinya yang datang setiap hari dan dihantar suami kerana tugasnya hanya mengemas rumah dan membasuh baju serta menolong Datin Rosmina menghidangkan lauk ketika waktu makan. Tetapi memasak, Datin Rosmina akan menyediakan sendiri kerana  mahu anak-anaknya makan makanan air tangannya sendiri. Apabila tepat pukul enam setengah dia akan pulang. Walaupun tidak tinggal dirumah besar milik  datuk dan datin, dia tetap disediakan bilik untuk memudahkan dia solat dan berehat-rehat.
“Firman, kenapa mak cik tengok. Sejak-sejak ni asyik diam kadang-kadang termenung saja”. Tegur Mak Melah ketika Firman meneguk air sejuk dari peti ais.
“tak ada apalah Mak Melah. Letih je banyak kerja tak cukup tidur”
“ye lah tu”
“Mak Melah bila balik sini”. Tanya Firman kepada Mak Melah yang mengambil cuti selama  tiga minggu kerana kakak kandungnya meninggal dunia di kampung.
“semalam”
“la kan mama bagi cuti lama, sebulan, kenapa awal balik?”
“tak boleh la. Fir, kesian kat mama kau, nanti sapa nak kemas rumah kamu. Tak pelah mama kau pun dah banyak tolong Mak Melah, gaji jalan pulak tu,  lama –lama cuti pun bukan boleh buat apa bosan!lagipun pun yang pergi tetap pergi…”. Mak melah memang terhutang budi dengan keluarga Firman dan dia tidak mahu cuti lama-lama kerana gajinya tetap jalan tapi kerja tak berjalan! Membuatkan dia serba –salah. Tersenyum Firman mendengarnya, Mak Melah memang baik dengan keluarganya dan telah berhidmat selama lima tahun dengan keluarganya.
“tak pelah, kalau macam tu, Mak Melah. Saya naik atas dulu ya nak mandi”
“ehm, pergilah”. Dalam hati Mak Melah tercuit melihat Firman yang tak bermaya dan seperti kusut. Hatinya menduga, mungkin Firman ni ada masalah angau!. Tiba-tiba Mak Melah tergelak kecil dan menggeleng-gelengkan kepalanya memikirkan Firman.
“opocot kau!eh!”. Terdengar suara Fakriz tertawa  kerana berjaya mengusik Mak Melah yang melatah.
“hishh…kamu ni suka menyakat akulah!”, Mak Melah geram.
“hahaha…Mak Melah yang duduk tersengih-sengih seorang diri kenapa?teringat kat sapa tu..”. Fakriz yang masih  mengusik.
“eh!kau ni jangan sibuk hal orang tua. Kau tu kecik lagi tak tahu apa-apa”
“Mak Melah ni tak sporting la, saya dah besar mana kecik lagi dah lima belas tahun dah”
lima belas tahun dikatanya besar eh..budak ni”. Tiba-tiba telinganya ditarik oleh Datin Rosmina yang datang dari arah belakang.
“mama. Sakit la…”. Fakriz merayu, tangan mamanya masih memulas telinga.
“tahu pun, lain kali jangan nak mengusik Mak Melah faham, tak baik. Orang tua mesti hormat tahu..”
“tak pelah datin, dia melawak je tu. Budak-budak datin biasala tu…”. Mak Melah membela Fakriz kesian pula melihat dia dipulas telinga sehingga merah dah la kulit putih.
“ye la mama ni. Maaf ya Mak Melah”. Fakriz meminta maaf kepada Mak Melah. Mak Melah tidak ambil hati pun kerana dia tahu anak bongsu datin memang suka buat kecoh macam abangnya juga Firman.

“ye la, datin sudah la tu, kesian dia. Kalau tak ada dia tak meriah rumah ni datin”. Tangan datin segera melepaskan telinga Fakriz yang sudah merah. Datin Rosmina hanya menggelengkan kepalanya. Adik dengan abang sama saja...terdengar keluhannya.

Friday, May 31, 2013

BAB 5


     Angin pantai membelai lembut wajah Aisya ketika dia berjalan-jalan di persisiran pantai seorang diri. Mak dan kakak-kakak iparnya sedang menyiapkan makanan yang dibawa manakala abang-abangnya dan adik sedang mandi bersama-sama dengan  anak saudaranya. Dia meminta diri untuk berjalan-jalan di gigi air ibunya amat memahaminya dengan membenarkannya. Di kejauhan terdengar bunyi riuh kerana pada hujung minggu terdapat banyak orang ramai yang datang ke Teluk Batik bersama-sama keluarga dan ada juga bersama-sama dengan rakan-rakan. Dia menghelakan nafasnya panjang , menyedut udara yang segar dengan perlahan dia memejamkan matanya lalu terbayang wajah arwah Taufik berlayar di mata. Lantas dia membuka mata dan merenung jauh ke arah laut yang luas. Lama dia begitu sehinggalah bunyi talefon bimbitnya berbunyi.
     “Kak Aisya, jom makan. Kami semua tunggu akak ni buat apa lama-lama tu, cepatlah…lapar dah ni!”, kedengaran suara adiknya Aliff menalefonnya lantas dia memandang ke arah adiknya yang melambai-lambai dari jauh sambil talian tidak diputuskan lagi. Dia tersenyum lalu kakinya melangkah ke  arah adiknya itu.
“kak, letak la talefon nanti habis kredit orang…”. Kedengaran tawa kecil Aisya apabila adik lelakinya merengek.
“yelah…”
     Mereka berdua terus berjalan beriringan menuju ke arah tikar yang telah dihamparkan di bawah sepohon pokok yang rendang dan  berhadapan dengan laut yang luas.
“dah tahu kredit tu ciput, kenapa call akak?”, soal Aisya ketika berjalan.
“tak larat nak pergi kat akak dah, penat mandi tadi. Dah ada kemudahan apa guna kan…”, adiknya ketawa. Aisya menggelengkan kepalanya melihat adiknya berlari-lari ke arah tempat mereka berteduh, dalam hatinya berkata-kata, ‘itulah remaja sekarang semua benda nak senang je, hai…!’.
     Sejurus itu, Aisya duduk berhampiran kakak iparnya yang sulung Kartina. Lantas Kartina menghulurkan pinggan yang berisi  mihun goreng Singapura kepadanya, dengan spontan Aisya mengambil sambil tersenyum. Dia menyuapkan satu sudu yang penuh dengan mihun goreng itu, setelah itu Tashriq merengek-rengek mahu Aisya menyuapnya.
“Tashriq, kacau achik makan. Sudah tadi dah makan, saje dia..”
“tak pelah kak budak-budak, nak?”, sambil tangannya menyuapkan anak saudaranya yang bermata bundar seperti kakak iparnya dan berkulit sawo matang seperti abangnya.
“jom!, ikut pak ngah pergi mandi lagi nak?”
“nak….nak….”
“elok-elok pergi mandi tu…tengokkan budak tu Adam”, jerit Mak Cik Salmi kepada anak keduanya yang pergi menyertai Aliff yang sudah pun terjun ke laut setelah habis makan.
“Adam, macam budak-budak. Tu dah nak jadi ayah tak lama lagi”, Mak Salmi berkata-kata tentang anaknya.
“ehmmm, biasalah tu mak. Kat rumah kalau mak nak tau, tengok lagi kartun. Cerita Detektif Conan la, Final Fantasy la, Naruto la…macam-macam dia tengok”, jawab isteri Adam yang sedang sarat mengandung anak pertama setelah setahun usia perkahwinan mereka. Pernyataan itu menyebabkan Kartina dan Aisya ketawa mendengarnya.
“macam mak tak tahu, kartun Detektif conan tu dia minat sejak sekolah menengah lagi siap letak kat facebook dia Sinichi Kudo” Aiman memberi penjelasan tentang minat Adam masa zaman remajanya. Selepas itu, Aiman terus ke kaunter pembayaran untuk menyewa ‘banana boat’ kerana sudah berjanji dengan anaknya kalau tidak sudah pasti merajuk.
“Aisya, jom teman akak pergi tengok kat gerai buah tu ada apa?”, Kartina mengajak Aisya setelah dilihat dia menghabiskan makanannya dan minum air oren yang dibawa dari rumah.
“okay, jom”
“tak pe kak, biar Marisa jaga Tania, dia pun tengah tidur kesian dia…”
“ehmmm, okaylah kalau macam tu, Marisa nak apa-apa, biar akak belikan? Mak?”
“akak belikan rojak buah, teringin pulak rasanya”, sambil tangan menghulurkan sekeping not lima ringgit kepada Kartina.
“tak pe, tak payah, akak belanja, mak?”. Mereka berdua terus sahaja berlalu setelah ibu mereka  tidak mahu apa-apa untuk Kartina beli.

Lisa memandang ke arah halaman rumahnya menanti kepulangan suaminya kerana mahu makan malam bersama-sama. Namun dia kecewa setelah melihat kereta yang berlalu di hadapan rumahnya bukan kereta suaminya. Akhirnya dia tertidur di sofa kerana penat menanti kepulangan suami.
     Jam menunjukkan dua belas pagi, kedengaran kereta Ford  berwarna memasuki perkarangan rumah Lisa. Dia terjaga lalu membukakan pintu rumah, kelihatan Johan yang sedikit kepenatan melangkah longlai keluar dari kereta. Lisa tersenyum  memandang suaminya.
“Kenapa tak tidur lagi?”
“tunggu abang, balik. Dah makan?”
“belum, Lisa?sorry, abang lambat. Banyak kerja sampai lupa nak balik”
“tak pe. Abang pergi mandi dulu , Lisa nak panaskan lauk, lepas tu kita makan. Johan tersenyum memandang isterinya, dia naik ke tingkat atas untuk ke bilik dan membersihkan dirinya.
     Lisa menghidangkan makanan di atas meja sambil menunggu suaminya turun. Setelah mengangkat air oren yang dibancuhnya tadi  dan meletakkan di atas meja , dia segera ke atas untuk memanggil suaminya turun.
“abang…abang”. Lisa tersenyum melihat Johan tertidur di atas sofa kecil di dalam biliknya, lalu dia menggerakkan suaminya.
“abang, jom makan…saya dah panaskan lauk. Abang lapar kan”. Dengan spontan Johan bangun setelah mendengar Lisa memanggilnya.
“sory, abang tertidur. Biasalah kalau dah lepas mandi mata rasa sayu nak tidur”. Kedengaran tawa Lisa. Johan sekadar tidur ayam sahaja sementara menunggu  isterinya memanaskan lauk untuk makan malam mereka.
     Lantas ,  mereka berdua turun bersama-sama. Hidung Johan terhidu lauk yang sudah dimasakkan Lisa selepas dia pulang daripada kerja petang tadi. Tanpa berlengah lagi Johan segera duduk dan Lisa menyenduk nasi ke dalam pinggan Johan. Mereka makan dalam keadaan yang aman.
“Lisa , abang ada berita baik”. Johan membuka perbualan ketika dia meolong isterinya membasuh pinggan.
“ya!berita apa tu bang?”
“abang , dinaikkan pangkat jadi senior eksekutif”
“Alhamdullilah…akhirnya tak sia-sia usaha abang selama ni”. Mereka berdua tersenyum bahagia.
“kalau macam tu, abang kena belanja Lisa , boleh?”
“untuk , sayang apa pun boleh”. Sambil tangannya merangkul erat bahu isterinya dan mereka berdua sangat bahagia namun kehidupan mereka masih belum lengkap tanpa kehadiran cahaya mata. Setelah berkahwin selama hampir dua tahun mereka masih belum mempunyai anak kerana Johan dan Lisa sangat menginginkan rumah mereka dihiasai dengan tangis dan tawa si bayi.tetapi mereka tetap bersabar kerana bagi mereka berdua, belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata.


Pagi itu begitu sibuk dengan warga kota berpusu-pusu ke tempat kerja masing-masing. Pelbagai gelagat mereka boleh dilihat sepanjang jalan raya tersebut. Ada yang tidak henti-henti menekan hon kerana mahu cepat dan ada yang tidak mempedulikan orang lain dengan memotong dengan melebihi had laju. Begitu juga Firman yang sudah lama terperangkap dalam trafik itu. Dia mahu cepat kerana pada pagi tersebut dia perlu menghadiri mesyuarat penting bersama-sama ahli lembaga syarikat bagi membincangkan projek baru yang bakal dilaksanakan. Sesekali dia menekan hon, geram.
“Hish , apa lembab sangat ni, aku nak cepat”. Dia segera menghubungi  Suzan.
“Hello , saya lambat sikit hari ni, trafik jam la. Bergerak macam semut, tolong maklumkan kepada Datuk ya”
“Baik, bos.”
     Setelah  tiga puluh minit terperangkap dalam trafik, barulah jalan tersebut bernyawa dan perjalanan lancar. Namun dia sampai agak lewat akibat kesesakan lalu-lintas yang menghalangnya.
     Dia segera memberhentikan keretanya di pintu hadapan utama , lalu memberikan kunci kereta kepada pengawal yang bertugas untuk memarkir di tempat letak kereta. Selalunya dia sendiri yang akan memarkirkan keretanya kerana terlalu sayang akan keretanya. Namun , oleh kerana dia sudah terlewat untuk masuk mesyuarat.
     Dengan rakus dia membuka pintu bilik mesyuarat, namun dia terkejut.
“surprise! Happy birthday !!!…”. Serentak kakitangan Syarikat Green Technology. Namun Firman masih terpinga-pinga.
“oits!, Fir…tak kan kau lupa hari lahir sendiri kot..”
“hari ni ek?bukan ada mesyuarat penting ke?”. Dia ketawa, betul dia terlupa hari lahirnya kerana terlalu sibuk dengan kerja.
“patutla, orang kata kau ‘workaholic’…aku tipu je, mesyuarat tu minggu depan…dah jom tak payah nak muka toya kat sini,jom!”
“ happy birthday to you…happy birthday to you….happy birthday to Firman Asyraf Lee…happy birthday to you…”. Kelihatan Datin Rosmina dan Datuk Muhammad bersama-sama adiknya Amina yang membawa kek berperisa krim Vanilla dihiasi dengan bunga ros berwarna biru tiga kuntum dan pada kek tersebut tertulis ‘Happy Birthday to Firman’
“terima kasih…”, dia segera memotong kek tersebut. Lilin tidak diletakkan kerana keluarga mereka tidak suka kek hari lahir diletakkan lilin.
     Firman menghampiri mama dan adiknya yang sedang menjamah kek hari lahirnya.
“mama, bukan tadi kat rumah ke?”
“itu  tadi, masa kau keluar mama dan Amina pun keluar ikut papa”
“owh, tapi tadi kan trafik jam. Macam mana mama dan papa sampai dulu?”
“kami guna jalan lain”, Amina menyampuk. Fakriz tidak ada kerana bersekolah. 
“owh…ehmmm mana hadiah abang?”
“hadiah, kat rumah la malas nak bawa. Nanti abang pun nak balik rumah jugak kan
“eleh..kede…”. Amina sekadar buat tak tahu, malas nak bertekak dengan abangnya kerana mereka berada di pejabat papanya dia mahu menjaga reputasi papa dan abangnya kerana kalau sudah mula bertekak macam-macam boleh keluar. Walaupun abangnya sering mengusiknya tetapi dia sayangkan abangnya kerana usikan itulah merapatkan hubungan mereka adaik-beradik.
     Kemudian Firman pergi menyapa kakitangannya untuk mengucapkan terima kasih di aras jamuan kecil yang diadakan khas untuknya.
“terima kasih la semua, susah-susah je”
“tak ada hal la, bos, lagipun Encik Ikram yang plan semua ni. Kami sekadar membantu apa yang patut”. Khairul membalas, dia salah seorang pekerja yang sudah lama berkhidmat untuknya.
“tapi, kenapa bos boleh lupa hari lahir sendiri”. Suzan menyampuk.
“biasalah tu, Suzan. Awak macam tak tahu bos awak ni sangat ‘sayang’ akan kerja-kerjanya. Betul tak , Firman”. Tiba –tiba Ikram datang menyertai mereka.
“ye la tu…”, Firman  berseloroh.
“Firman, jangan lupa, lagi dua belas hari, kau kena jadi pengapit aku”
“Amboi! Kau countdown hari nampak, bro”. Firman mengusik.
“mestilah, menghitung hari mengakhiri status bujang”. Kedengaran ketawa mereka yang berada di situ.
“kamu semua jangan lupa datang”
“datang punya Encik Ikram”. Sampuk seorang lagi kakitangan iaitu Rosnita yang sudah berkahwin dan mempunyai anak tiga.
“Bos pulak, bila?. Takkan nak terus membujang, lagipun bos pun dah  masuk  27 tahun dah. Tak ada teman istimewa?”, Suzan bertanya kepada Firman
“soalan ‘killer’ ni. Jodoh belum sampai”, bersahaja Firman menjawab soalan Suzan.  
     Namun dalam hati Suzan belum puas, dia mahu tahu sama ada bosnya itu sudah ada atau tidak teman istimewa. Hal ini disebabkan, dia sudah lama menyimpan perasaan terhadap Firman, walaupun dia berbangsa lain dan mempunyai teman lelaki iaitu Jason tetapi dia tertarik dengan sesuatu yang dimiliki Firman yang tidak ada pada Jason. Tambahan pula dia menganggap Jason sebagai ‘lubuk emasnya’ sahaja.

     Aisya menunggu Salwa di lobi Hotel Sri Malaysia , sebelum pergi bersarapan kerana mereka perlu mengahadiri ceramah yang diadakan di dewan. Kursus yang dihadiri oleh semua guru-guru perpustakaan dari seluruh  Semenanjung Malaysia  sudah sehari bermula semalam. Kursus tersebut bagi memantapkan perpustakaan sekolah sebagai tempat pelajar-pelajar menelaah sendirian dan menjadikan pelajar berminat untuk ke perpustakaan.
“ hai …maaf aku lambat. Tu la kau turun tak tunggu aku”, tegur Salwa yang juga guru perpustakaan.
“ehmmm, kau lambat sangat ber make up siapa suruh. Daripada aku tercongok tunggu kau baik aku turun boleh jugak cuci mata tengok pemandangan kat sini”.
“ehmmm, yelah. Dah jom aku dah lapar ni”.
     Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke makan yang disediakan hotel untuk peserta kursus tersebut. Kelihatan guru-guru yang lain juga turut  berada di situ menjamu  selera dengan sarapan pagi iaitu, nasi lemak dan Nescafe panas.
“boleh saya duduk sini?”. Tiba-tiba tegur seorang guru lelaki berkaca mata yang tersenyum manis. Orangnya tinggi dan berdada bidang, berkulit sawo matang serta berwajah melayu tulen.
“boleh, sila…” pantas Salwa mengajak guru tersebut duduk bersama-sama dengan mereka. Aisya sekadar  tersenyum.
“saya, Badrol dari Perlis. Kamu berdua?”
“saya Salwa dan ni kawan saya Aisya. Kami dari Perak”. Salwa membalas pertanyaan guru lelaki tersebut yang dikenali sebagai Badrol.
“perak? Daerah mana?”
“Bidor”. Salwa juga yang membalas. Aisya sekadar berminat dengan makanannya dan hanya diam membisu. Badrol memandang sekilas ke arah Aisya , “manis…”. Tiba-tiba hati lelakinya berdetik. Tetapi dalam fikiran bercongak untuk membuatkan Aisya bersuara kerana diam sahaja dari tadi dan cuma tersenyum kepadanya.
“agaknya, dalam mulut Aisya ni ada emas ya?”. Badrol buat lawak.
“emas?”. Salwa terpinga-pinga. Kemudian baru dia faham dan ketawa.
“tak, masa makan tak elok bercakap”.
Gulp!..ambik kau kena sekali, padan muka aku. Kata Badrol dalam hati dan melemparkan senyuman kepada Aisya yang menyindirnya. Aisya pula tiada reaksi.
     Setelah selesai bersarapan, semua guru-guru yang meyertai kursus tersebut beramai-ramai menuju ke dewan untuk mendengar ceramah  yang akan disampaikan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Salwa dan Aisya mengambil tempat di tengah-tengah dan sekali lagi Badrol datang dan duduk bersebelahan dengan mereka tetapi kali ini dia bersama-sama dengan tiga kawannya.
     Begitu khusyuk semua peserta mendengar ceramah yang disampaikan, majoriti guru-guru mencatit butir ceramah di dalam buku dan ada juga yang membawa ipad.
     Setelah sejam setengah mendengar ceramah, mereka kemudian keluar beredar menuju ke bilik sementara menunggu bas untuk membawa mereka ke Perpustakaan Negara yang terletak di Putrajaya untuk membuat lawatan di sana. Aisya dan Salwa tidak naik ke bilik mereka sekadar berada di sekitar hotel kerana tidak mahu mengahabiskan tenaga untuk ke bilik. Oleh itu, mereka mengambil kesempatan untuk membuat lawatan tidak rasmi sekitar hotel.
“Aisya, kau tunggu kejap kat sini aku nak ke toilet”. Aisya mengangguk kemudian dia berjalan menuju ke swimming pool melihat pelancong yang berada di situ bersama-sama keluarga. Lalu dia duduk di kerusi berhampiran di situ. Tiba-tiba dia terpandang seorang wanita berumur tetapi  masih bergaya tergelincir kerana air yang terpercik di tepi kolam yang berhampiran dengannya. Dia segera menuju ke arah wanita tersebut.
“Ehmmm, puan kenapa?boleh saya tolong?”. Aisya memanggil wanita itu puan kerana janggal kalau dipanggil mak cik kalau dilihat dari segi pakaian dan gaya wanita tersebut.
“saya tergelincir”
“tak pa, mari saya bawa puan ke sana”, sambil dia menunjukkan kerusi yang paling dekt dengan mereka.
“Aduh!”, tiba-tiba wanita itu mengerang kesakitan.
“pelan-pelan”. Aisya menyuruh wanita tersebut duduk di kerusi, sementara dia melihat kaki wanita berumur itu.
“kaki puan terseliuh ni. Puan tahan sikit saya nak urut kaki puan”. Hati wanita itu tersentuh melihat keprihatinan gadis di hadapannya. Sesekali terdengar suara wanita itu sedikit menjerit ketika Aisya membetulkan urat yang terseliuh.
“dah. Tapi puan kena jalan perlahan-lahan sebab belum pulih sepenuhnya”
“terima kasih. Awak datang dari mana?”
“saya orang  Perak. Datang kat sini ada kursus tiga hari.”
“saya datang sini nak jumpa kawan ,lupa pulak saya, Datin Rosmina. Nama awak?”
“saya Aisya. Datin? Maafla saya panggil puan tadi?”
“eh!tak apa. Nak panggil mak cik pun boleh, saya tak kisah dengan panggilan ni…” mereka berdua ketawa. Dalam hati Aisya berkata-kata, sungguh baik wanita ini walaupun kaya tetap merendah diri. Tiba-tiba Salwa datang memanggil kerana bas mereka sudah sampai.
“ehmm, tak palah datin, bas dah sampai kami kena pergi ke perpustakaan Negara ada lawatan, Datin tak pa ke seorang ni”
“tak pa, pergilah…  saya ada teman, anak saya dia ke tandas sekejap nanti saya talefon dia”
“ehmmm, kalau macam tu saya pergi dulu”. Aisya bersalam dengan Datin Rosmina.
“sebelum tu, boleh saya minta nombor talefon  Aisya”.
“boleh”, Aisya terus memberi nombornya setelah dia menyebut kepada Datin Rosmina yang cekap menaip di talefon bimbitnya.
     Kemudian dia terus menuju ke arah Salwa yang menunggunya.
“siapa tu?”
“dia tergelincir tadi, aku tolong”
“owh…”, bulat mulut Salwa membalas. Mereka berjalan menuju ke arah bas yang telah menunggu mereka.
     Datin Rosmina tersenyum melihat Aisya lalu ditegur Amina.
“mama..!kenapa ni?”
“tergelincir tadi, mujur ada perempuan baik tolong”
“perempuan?”
“ehmmm, manis orangnya semanis namannya”. Amina terpinga-pinga tidak memahami lalu memapah mamanya.
    


Friday, May 24, 2013

BAB 4
      Aisya memulakan kehidupan baru, bukannya niatnya untuk melupakan terus Taufiq tetapi menjadikannya sebagai kenangan yang terindah dalam hidupnya. Kerana dia memerlukan semangat untuk meneruskan hidup. Hati siapa yang tidak sedih apabila mengetahui bakal suami kemalangan ketika hari pernikahan dan menambahkan pilu dihatinya apabila selepas beberapa hari bakal suami meninggalkannya  buat selama-lamanya.
     Kristal pemberian terakhir Taufik dipandang, hatinya dipalu kesayuan. Biliknya sudah pun dikemas dan segala persiapan perkahwinannya disimpan rapi. Rakan-rakannya semua datang memberi kata-kata peransang supaya dapat meneruskan hidup. Masih ingat dia kata-kata Salwa kepadanya.
“Aisya,aku harap kau kuat hadapi semua ni. Sebab semua yang terjadi sudah takdir ditentukan Allah dan Allah akan menjanjikan yang lebih baik untuk kau pada masa hadapan”.
“Taufiq yang terbaik untuk aku…Salwa…”
“tapi…kau tak ada jodoh dengan arwah, bermakna jodoh kau dengan orang lain…sudahlah…aku bukan suruh kau lupakan terus arwah,Cuma jangan terlalu bersedih. Allah tak akan memberi menimpakan sesuatu masalah kepada hamba-Nya sekiranya kita tidak mampu mengatasinya…ingat Aisya..segala yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi…”
     Aisya sekadar mendiamkan diri, bahunya dipeluk erat Salwa untuk memberikan sedikit kekuatan untuk menghadapi hari muka.

Pada hari ini Aisya memulakan tugasnya kembali di sekolah setelah mengambil cuti selama dua minggu, dia perlu kuat untuk terus hidup. Benar kata-kata Salwa semua yang terjadi ada hikmah yang tersembunyi, dalam diam dia memegang kata-kata rakan baiknya itu.
     Buku Sejarah Tingkatan Empat dipegang erat, di samping buku latih tubi bersama bekas penselnya sambil kakinya melangkah menuju ke kelas Tingkatan Empat Science(1) kerana waktu kelasnya sudah tiba.
“bangun!...assalamualaikum cikgu…”, kedengaran suara ketua kelas memberi arahan. Semua pelajar di dalam kelas memberi salam kepada Aisya. Dia sekadar tersenyum.
“waalaikumussalam..duduk.”. semua pelajar duduk di tempat masing-masing sambil mengeluarkan buku teks Sejarah dan buku nota.
“okay, hari ni cikgu akan membincangkan tentang Tamadum Mesopotamia dan kalau sempat kita terus masuk Tamadun Hwang Ho”. Panjang lebar Aisya menerangkan tentang kejayaan yang dicapai orang-orang zaman Tamadun Mesopotamia dari segi kesenian,kesusasteraan dan terknologi. Kadangkala dia tersenyum apabila kelihatan beberapa pelajar lelaki yang seakan mengantuk mendengar penerangannya. Dia sudah mengerti kenapa keadaan sedemikian berlaku, kerana majoriti pelajar yang mengatakan  Sejarah merupakan subjek yang membosankan kerana membincangkan tentang perkara yang telah berlaku, dia sendiri pernah tertidur ketika masih sekolah pada waktu cikgunya memberi penerangan. Tetapi dia minat dengan Sejarah dan selalu skor dalam peperiksaan.
“ehmmm..nampaknya ada kawan kamu yang dah mula mengantuk…okay…untuk menghilangkan rasa mengantuk, saya akan membuat kuiz dan siapa yang menang akan dapat hadiah yang lumayan”. Dek mendengar hadiah pelajar-pelajar lelaki yang mengantuk terus terbuka mata dan bersorak bersama-sama rakan-rakan yang lain.
“okay…okay…saya akan buat kuiz pada bila-bila masa, jadi kamu semua kena baca tajuk-tajuk yang telah kita belajar…cikgu akan tanya berdasarkan apa yang kita belajar. Justeru…kamu mesti bersedia dari masa ke semasa…”. Aisya memberhentikan percakapannya apabila mendengar loceng untuk pertukaran waktu. Rancangannya itu sebenarnya ada yang tersirat kerana dia mahu pelajar-pelajarnya sentiasa bersedia dan bersemangat ketika kuiz dan yang penting peperiksaaan malah ia akan cepat membuatkan pelajar cepat ingat akan tajuk-tajuk tertentu. Dia tersenyum setelah kakinya melangkah keluar dari kelas.

Firman agak ragu-ragu untuk menerima perlawaan Tan Sri Zainal untuk makan tengahari bersama-samanya kerana ada  banyak kerja yang perlu diselesaikannya. Namun oleh kerana mahu menjaga hubungan yang terjalin antara papanya dan  tan sri dia akhirnya akur dengan permintaan tersebut. Kelihatan Tan Sri Zainal menunggunya di salah satu meja yang tersedia di restoran mewah itu. Firman tersenyum lalu mengatur langkah menghampiri meja tersebut lalu duduk  setelah diperlawa oleh tan sri.
“terima kasih kerana sudi makan dengan kami..”
“kami?”
“owh…saya terlupa nak beritahu anak saya ada sekali tadi tapi dia ke toilet sekejap”. Firman sekadar mengangguk. Datang seorang pelayan lelaki  menghampiri mereka untuk mengambil pesanan. Setelah selesai memesan menu pada tengahari tersebut, kelihatan seorang gadis cantik berskirt merah paras lutut dan berblaus putih pendek  cukup untuk menutup badannya yang putih gebu dan melepaskan rambutnya yang separas pinggang berjalan menghampiri mereka.
“perkenalkan  ini anak saya….Qistina..”
“Firman…”, dia memperkenalkan sendiri namanya tanpa menghulurkan tangan untuk bersalam kerana batas antara lelaki dan perempuan bukan muhrim. Qistina hanya tersenyum tanda mengerti.
     Dalam hati Firman terdetik perasaan curiga tentang pertemuan tersebut. Bukan apa , dia seorang lelaki bujang yang berkerjaya dan sudah pasti gadis dihadapannya ini juga masih bujang kalau dilihat penampilannya yang agak sedikit keremajaan.
     Mereka berbual sepanjang menikmati hidangan yang lazat. Ketika berbual, tan sri mengajukan soalan cepu mas.
“Firman, sudah berpunya?”, hampir tersedak dia  mendengar soalan ‘killer’ daripada tan sri, namun cepat-cepat dia caver. Kan… tengok.. betul tak? Hatinya bergetus.
“ehmmm…saya ni nak capai kejayaan dulu tan sri…”
“maaflah…soalan saya ni terlalu privacy…patut la tak kahwin-kahwin lagi. Qistina pun masih bujang..kan…”, pernyataan tan sri telah membuatkan riak muka Qistina berubah menjadi suram. Tanggapanya kali ni memang tepat. 10 markah untuk aku!hahaha.
     Sudah dia menduga agenda yang tersembunyi di sebalik pertemuan mereka pada makan tengahari tersebut , dia pun bukannya tidak mahu berkahwin dan berkeluarga tetapi dia merasakan belum sampai masanya lagi dan mahu membina kerjaya. Oleh sebab itu, dia tidak mempunyai teman istimewa. Setelah selesai makan mereka bertiga beredar dari restoran itu kerana waktu makan rehat sudah menghampiri penamatnya.
     Semasa mengatur langkah ke biliknya  Ikram menegur.              
“oits!...pergi makan dengan Tan Sri Zainal ke….?”. soalan sinis daripada Ikram.
“ehmmm…kenapa kau nak tahu…?ya..! aku pergi makan dengan tan sri…”
“amboi…!marah Nampak…”
“bukan marah, aku Cuma dalam keadaan mood kurang baik ni..”, Firman melepaskan keluhan dipenghujung katanya.
“kenapa?”
“aku dapat rasakan yang tan sri nak padankan aku dengan anak dia…”
“ha!...anak dia Qistina?”. Soalan Ikram dibalas anggukan lemah daripada Firman.
“ehmmm…okay la tu…”
“okay…kau tahu kan aku macam mana…dalam  masa ni aku nak fokus pda kerja…”
“kau ni….nak kata kau gay…dengan laki pun kau tak menunjukkan minat, kat perempuan pun kau menunjukkan yang sama…ehmmm agak-agaknya kau ni dikategorikan yang mana…?”
“Ikram aku serius ni….”. Ikram menghabiskan sisa ketawanya.
“Sahabatku yang tercinta, memang kerja dan cita-cita itu penting, tetapi….dalam mengejar cita-cita , cinta pun harus bersama-sama…kau sempurna sebagai syarat lelaki patut kahwin. Kau ada agama,kaya,kerjaya,keturunan yang baik dan kacak. Kau nak tahu, kejayaan seorang lelaki sebenarnya dengan sokongan daripada seorang wanita yang bergelar isteri lebih bermakna. Tambahan lagi, kalau diikutkan umur kau pun sepatutnya dah kahwin…”. Firman mengeluh, ada benar juga kata-kata sahabat baiknya itu, dia teringatkan papanya yang berjaya dengan sokongan dan dorongan daripada mamanya. Kepalanya mula serabut memikirkannya.
“tapi…calon pun tak ada…”. Ikram ketawa  seraya berkata.
“Firman, ALLAH jadikan setiap benda di muka bumi ni, semuanya berpasang-pasanganan, manusia pun begitu jugak…wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya…”, Ikram berlalu setelah menepuk perlahan belakang Firman. Dia menunduk memandang lantai dengan fikiran yang kosong dalam hati dia bermonolog.
“Ya ALLAH…berilah aku petunjuk dan hadirkan aku dengan wanita yang solehah dan baik pekertinya…amin….”

“Mak, minggu depan Aisya ada kursus dekat KL…”
“kursus apa?”
“pengurusan perpustakaan sekolah, Aisya kan pegang perpustakaan sekolah…sambil tu boleh pergi tengok pembekal buku kat sana nanti. Hari tu pergi pun Aisya tak puas hati, tak sempat nak survey lama-lama”.
“berapa hari pergi kursus tu?”
“ehmmm tiga hari dua malam je mak..”. sambil matanya tertancap pada televisyen Sanyo menonton drama, Gemersik Kalbu kegemarannya pada  setiap petang. Ketika menyaksikan lakonan Aqasha yang mencuit hatinya, kedengaran kereta berhenti di hadapan rumah teres milik ibunya. Ibunya mengintai dijendela rumah, lalu membuka pintu rumah. Sejurus itu, kedengaran riuh mula menjengah rumahnya.
“owh…Tahsriq…mana adik?”, sambil bibir kanak-kanak kecil berusia dua tahun setengah muncung menunjukkan adiknya Tania yang berada dalam dukungan ayahnya. Sementara kakak iparnya tersenyum melihat bibir mungil anaknya itu lalu bersalaman dengan ibu mertua dan adik iparnya yang sudah lama menunggu kepulangan mereka.
“Achik…achik…nanak totelat…”,lincah Tashriq berkat-kata denga pelatnya yang mencuit hatinya.
“cium pipi achik dulu….”, sambil jari kanannya menunjukkan pipinya. Gelagat dua beranak itu membuatkan ibunya tersenyum melihat perubahan Aisya kerana sudah seminggu lebih asyik murung dan terperap dalam bilik. Hati ibunya berasa sangat lega. Begitu juga dengan abang sulungnya dan kakak iparnya. Oleh kerana itu, dia bersetuju untuk pulang ke kampung halaman suaminya kerana mahu melihat keadaan Aisya selepas tragedi hitam dalam hidup Aisya.
“mak, kami cadang esok nak ajak mak dengan Aisya pergi Teluk Batik dengan Lumut…esok kan hari sabtu…Aisya tak ada aktiviti sekolah kan…”
“ehmmm….boleh jugak tu along…boleh pergi membeli-belah, lama tak berjalan-jalan sekeluarga kan…tapi angah dengan adik macam mana?”
“jangan risau angah nanti, ambil adik kat poli terus ke sana…”. Cadangan bernas daripada Aiman, sebenarnya dia sudah merancang dengan adik lelakinya Adam untuk membawa keluarga keluar makan angin dan tenangkan fikiran. Adam pula dari Tanjung Malim akan ambil Aliff yang  masih belajar di Politeknik Ungku Omar. Aiman pula bertolak dari kulim pagi tadi dan sudah tiba di Bidor. 

     Suzan merenung ke arah syiling dengan fikiran yang kosong sesekali dia mengeluh panjang. Sudah lama dia cuba memikat bosnya Firman tetapi lelaki itu  hanya buat tidak kisah dengannya. Firman lelaki yang mempunyai segala seperti yang selalu juri-juri program realiti katakan‘cukup pakej’.
    Tiba-tiba pintu apartmennya diketuk. Dengan malas dia bangun daripada sofa dan membuka pintu dan kelihatan seorang  wanita separuh umur tersenyum memandang ke arahnya.
“ehmmm…mummy….kenapa datang?”. Cakap  Suzan  dalam bahasa cina.
“kenapa mummy tak boleh datang tengok anak mummy ke?”, riak wajah Xia Wei jelas kecewa dengan kata-kata Suzan. Suzan terus masuk dan mengajak ibunya dengan nada tidak mengalu-alukan kedatangan ibunya. Namun digagahi wanita tua itu masuk ke dalam rumah semata-mata mahu melihat anak tunggalnya.
“mummy nak minum apa, ambil sajalah dalam peti ais tu, Suzan letih nak tidur”
“tapi hari ni kan cuti kenapa tidur waktu siang? Tak pergi berjalan-jalan?”
“mummy ni tak faham ke, Suzan letih nak tidur, semalam ada kerja buat sampai lewat malam…”
“kerja sampai lewat malam? Kerja apa yang Suzan buat…Suzan kan hanya setiausaha saja…”
“mummy tolong jangan nak masuk campur urusan Suzan, selama Suzan hidup pun mummy tak pernah nak ambil pasal Suzan kenapa sekarang?sudah la….Suzan mau tidur, mummy nak duduk kat sini, duduk elok-elok kalau tak nak boleh balik!”, kasar Suzan menjawab soalan ibunya. Terasa hati wanita itu, perlahan-lahan tangannya menyapu setitik air mata yang menitis di pipi kirinya sambil melihat anaknya menutup pintu bilik dengan rakus.
    Menjadi kebiasaanya untuk datang ke rumah anaknya untuk membantu anaknya mengemas rumah atau memasak sambil boleh melawat anaknya kerana selalu merindui. Sikap Suzan begitu kerana dia marah akan ibunya yang sanggup meninggalkannya dengan orang lain kerana kemiskinan. Oleh sebab itu, Suzan tidak mencarinya sehinggalah ibunya sendiri menjumpainya ketika dia masih menuntut di universiti.
     Selesai memasak dia berehat di sofa di ruang tamu rumah Suzan, setelah itu matanya terlelap seketika. Namun dia terjaga semula apabila mendengar anaknya memanggilnya.
“mummy….mummy bangunlah…!”
“kenapa Suzan? Nak makan, mummy dah siapkan…mari kita makan..”
“tak payah…Suzan nak keluar dengan kawan..kalau mummy nak makan pergi makan, Cuma kalau nak balik tolong kunci pintu dan semua tingkap..”, dia terus berlalu dan meninggalkan Xia Wei terkebil-kebil. Lalu dia bangun menuju ketingkap dan melihat anaknya menaiki kereta  BMW tetapi tidak kelihatan pemandunya. Dia mengeluh panjang lalu pergi ke bilik air untuk membersih muka setelah selesai dia mengambil begnya kerana mahu pulang, tidak betah untuk tinggal di rumah Suzan lama-lama kerana dia sangat berkecil hati.

Telinga Firman terngiang-ngiang kata-kata Ikram ketika mereka pergi minum petang bersama-sama di sebuah kafe setelah pulang kerja.
“Fir, memang jodoh ditentukan Allah tapi, kalau tak usaha kita tak tahu sama ada jodoh kita siapa dan yang penting peribadinya…”.
     Dia menarik beberapa kali rambutnya dengan rakus, pening kepalanya memikirkan soal jodoh. Dia cuba bertenang namun bingkas bangun mengambil wuduk untuk membuat solat sunat meminta Allah memberikannya petunjuk dan tenangkan hatinya. Setelah selesai dia terus duduk di birai katil lalu mengambil diarinya. Dia menyelak sehelai demi sehelai lalu berhenti apabila terpandang sekeping gambar lama ketika dia masih belajar di universiti. Dia tersenyum melihat gambar zaman remajanya, kelihatan dalam gambar itu, dia yang bersebelahan dengan Johan rakan karibnya dahulu dan seorang gadis berambut lurus panjang paras bahu yang berada di sebelah kirinya. Mereka bertiga dalam gambar itu tersenyum gembira kerana menyertai majlis perpisahan yang dianjurkan fakulti mereka.
    Dia mengeluh kalau tidak kerana dia lambat menceritakan segalanya kepada gadis itu sudah pasti dia tidak akan keseorangan. Dia merenung gambar itu , lama sekali sehinggalah dia tersedar apabila guruh kuat kedengaran, lantas dia menyimpan gambar itu kembali dalam diarinya. Lalu membaringkan di atas tilam yang empuk sesekali dia menguap kerana terlalu letih dengan kerja di pejabat. Walaupun letih, entah kenapa mindanya tetap memikirkan gadis di dalam gambar itu. Memori ketika belajar di Australia bermain di fikiran bagaimana dia boleh bertemu dengan Johan  yang menjadi sahabatnya ketika berada jauh dengan keluarga.
     Di Australia jugalah dia bertemu dengan gadis bermata bundar dan berwarna coklat yang juga menjadi sahabatnya di sana. Namun sekarang segalanya sudah berubah kerana satu kejadian. Tiba-tiba…
“abang!”, Fakriz menjerit namanya membuatkan dia tersentak.
“hish..kenapa nak jerit-jerit”
“owh…biande…hehehe…ingatkan tak dengar. Fakriz tengok abang termenung dari tadi, tu yang menjerit…”, sambil kakinya melangkah ke birai katil queen size lalu duduk di sebelah abangnya.
“ye lah…tu…kau bukak pintu abang dari tadi ke?”, soal Firman dengan nada tinggi.
“ha’ah…abang tak dengar termenung dari tadi. Lagipun nak hujan tu yang menjerit  panggil abang.”
“ehmmm , nak apa ni”
“abang, boleh mintak lima puluh ringgit?”
“nak buat apa? Apa pasal tak minta kat mama dengan papa”
“tak boleh , nanti mama papa marah sebab baru  seminggu lepas Fakriz minta dah”
“ha..habis tu minta kat abang ni, nak buat apa pulak duit tu?”
“yang minta kat mama dan papa nak beli buku latihan kat cikgu, yang ni nak beli komik. Boleh ya hyung…”
“komik tak habis-habis, yang baki duit hari tu, beli topup la kan?”. Sambil mengeluarkan sekeping not lima puluh ringgit daripada dompetnya yang berhampiran dengan meja terletak di tepi katilnya. Walaupn marah tetapi dia tidak kedekut dengan adik-beradiknya.
“yes!...kamsahamida!”. Kedengaran ketawa Fakriz bersisa.
“dah dapat duit, jangan nak ingat beli komik je, pergi beli buku rujukan ke , latihan ke…tahun ni nak PMR , berangan lagi dengan komik ‘Budak Getah’ tu…”
     Firman terus baring setelah melihat adiknya menutup pintu dan dia mengeluh panjang dan menyebut,

“Lisa…..”. lalu matanya terlelap.

Tuesday, May 21, 2013


BAB 3

     Datuk Muhammad bersalaman dengan pelabur dari Australia tanda persepakatan dipersetujui kedua-dua pihak. Tersenyum Firman yang  berada di sebelah kiri papanya. Setelah  upacara tandatangan berjalan dengan jayanya semua tetamu dijemput pengerusi majlis untuk menjamah hidangan yang telah disediakan.
“Tahniah!...akhirnya berjaya juga kau ya…nanti boleh belanja aku.”, tegur sahabat baik yang juga bekerja dengan  Datuk Muhammad. Firman tersenyum lalu menjawab.
“eh!...asal aku pulak nak kena belanja…sepatutnya orang yang berjaya yang dibelanjakan…”
“sepatutnya la kan…”,seloroh  Ikram. Ketawa mereka meletus. Tiba-tiba kedengaran handfone Ikram berbunyi lalu Firman mengangguk memberi laluan kepada sahabatnya untuk menjawab panggilan tersebut.
“Hello…sayang…kenapa?”, rupa-rupanya tunang Ikram, getus hati Firman. Mereka berdua akan berkahwin tidak lama lagi. setelah  lebih kurang lima belas minit berbual, panggilan tersebut ditamatkan.
“Sofea?”, Firman bertanya. Ikram mengangguk lalu membalas.
“dia nak ajak aku pergi beli barang hantaran nanti”. Firman mengangguk tanda mengerti.
“eh!...kau bila pula…nanti kalau aku dah kahwin…tinggal la kau seorang tak berteman…”, seloroh Ikram.
“ala…kau nak berkepit 24 jam ke dengan Sofea kalau dah kahwin?”. Firman  mengusik.
 “bukan tu lah maksud aku…kau ni…..macam ni ,  boleh dikatakan semua kawan-kawan kita dah berpunya,malah ada yang dah berkahwin lepas ni aku pulak,kau jelah yang belum berteman…ada faham?”. Ikram menerangkan panjang lebar.
“kau ni Ikram…potong steam betul lah….aku tengah happy ni…”
“habis tu sampai bila kau nak berbujang”
“kau ni dah macam mama aku dah…asyik bercakap isu yang sama…boring la…lagipun aku ada peneman dah dalam hidup aku”.
“sape?”
“kerja!”
“eh!kau ni nak kahwin dengan kerja ke? Memang workaholic betul lah mamat separuh korea ni”. Ikram membalas pernyataan Firman.
“ala kau ni…aku nak tunggu seorang puteri dari kayangan datang meminang aku…”. Firman ketawa.
“ehmmm…elok sangat lah tu… tunggu lah  puteri sewel mana nak datang meminang kau…mengarut je lebih…dah lah malas aku…makan lagi bagus!”. Ikram bernada seakan merajuk.
“ala merajuk pulak pak cik ni”. Ikram memandang Firman dengan wajahnya yang agak geram.
“hish,…budak ni ada yang juga nak kena dengan penampar sulung aku ni”. Firman sekadar ketawa.

Keadaan Taufik tidak menandakan dia akan pulih kerana sudah tiga hari koma dan selama itulah Aisya akan pergi ke hospital melawat. Aisya seperti menaruh harapan kerana dia yakin Taufiq akan sedar.
“Taufiq,Aisya datang…bangun Taufiq…Aisya akan tetap menunggu Taufiq sampai bila-bila…”,kedengaran tangisan kecil dihujung katanya. Waktu itu dia datang keseorangan tanpa berteman kerana ada saudaranya yang telah pulang kerana cuti mereka telah habis namun ada juga yang masih menemani keluarga mereka. Ibunya juga kadang-kadang akan menemaninya melawat Taufiq.
    Begitulah Aisya, walaupun doktor sudah memklumkan untuk pulih adalah sangat tipis kerana kecederaan Taufiq di kepala. Sewaktu kemalangan berlaku,kepalanya terhentak dengan kuat sehingga berdarah menyebabkan kecedaraan dalam kepala dan berkemungkinan kalau pulih dia belum tentu akan ingat apa yang terjadi atau mungkin akan lumpuh kerana sarafnya mengalami kerosakan akibat hentakan. Sebolehnya Aisya tidak mahu perkara itu terjadi, oleh itu dia menyakinkan hatinya bahawa Taufiq sedar dan akan pulih. Ibu bapa Taufiq begitu mengasihani kedua-duanya yang sepatutnya bahagia selepas bernikah. Namun takdir sudah tertulis dan mereka tidak mampu melawan takdir yang ditetapkan ALLAH.
     “Aisya…pergi la solat dulu,biar mak cik temankan Taufiq”. Aisya bangun memberi laluan kepada ibu Taufiq yang sudah selesai solat zuhur tadi. Dengan langkah yang longlai dia keluar daripada wad dan menuju ke surau hospital.
     Selesai solat dia berdoa agar ALLAH memanjangkan umur Taufiq supaya jodoh mereka masih ada. Ketika berdoa air matanya mengalir untuk kesekian kalinya, setelah kemalangan menimpa tunangnya, air matanya tidak jemu daripada mengalir di pipinya. Dia kemudiannya melipat telekung dan keluar menuju ke kafe untuk menjamah sedikit makanan kerana dari tadi dia tidak makan apa-apa. Seusai membeli roti dan air dia melangkah ke wad Taufiq, hatinya berdegup kencang entah kenapa lain benar degupannya. Namun digagahi untuk meneruskan langkah. Di hadapan pintu wad kelihatan Pak Samad tersandar dengan wajah yang suram di dinding yang bertentangan dengan pintu wad. Dia bergegas menuju ke arah Pak Samad, mukanya penuh tanda tanya.
“Taufiq….”. Pak Samad yang mengerti hanya mampu menyebut nama Taufiq tetapi tidak mampu meneruskan kata-katanya.
     Aisya segera membuka pintu,beg plastik yang dipegang berisi air dan roti terlepas dari tangan dek melihat jururawat menutup badan dan muka Taufik dengan selimut putih. Serta-merta air matanya mengalir. Dia terkedu dan terkelu, tidak mampu untuk berkata apa-apa. Perlahan-lahan dia menghampiri katil dengan hati juga menangis.
“Taufiq…”,perlahan nama itu disebut sekali lagi. Dunianya hilang seketika. Ibu Taufik merangkul erat Aisya yang kelihatan ‘hilang’ memandang sayu ke arah katil. Tiada respon dari Aisya untuk membalas pelukan itu. Hanya hatinya mampu meraung memanggil nama Taufiq sedangkan bibirnya terkunci rapat.

Langit mendung meghiasi suasana pada pagi itu seperti memahami perasaannya ketika melihat jasad tidak bernyawa dikebumikan di depan mata. Apa yang mampu dilakukan hanya  berdiam diri kerana tidak elok menangis dan meraung di tanah perkuburan kerana akan menyeksa jenazah. Hujan renyai mula turun seusai dia menyirami air mawar  di kubur  arwah Taufiq. Dia menahan air mata daripada menitis yang bertakung di hujung matanya. Selesai menyiram ibunya mengusap lembut belakang Aisya tanda memahami perasaan anak gadis tunggalnya.
     Semua mula meninggal ‘taman sepi’ itu. Dengan langkah yang longlai keluarga Taufik menuju ke arah kereta begitu juga dengan keluarga Aisya. Hanya tinggal dia sahaja yang masih tidak berganjak dari situ. Dia mengusap tanah yang masih merah.
“Taufiq…terima kasih di atas kasih sayang yang diberikan…Aisya sangat menghargainya dan tidak akan sesekali melupakannya”.

Pada malam itu,diadakan majlis tahlil di rumah Pak Samad. Keluarga Aisya dijemput kerana mereka akan pulang esok memandangkan mereka telah berada di Alor Star selama tiga hari. Sayu suasana rumah Pak Samad kerana kehilangan anaknya yang pergi buat selama-lamanya. Begitulah yang akan terjadi pada setiap manusia, mati itu pasti. Tiada siapa dapat melarikan diri, yang hidup perlu teruskan kehidupan.
     Sudah tertulis di Luh Mahfuz jodoh Nuraisya bukan dengan Taufiq Alias, oleh itu dia perlu menerimanya kerana jodoh pertemuan, ajal maut ketentuan-Nya. Manusia perlu menerima hakikat tersebut. Walaupun pahit untuk ditelan Aisya dia harus menerimanya , semua yang berlaku ada hikmahnya dan sekiranya dia menerima dengan redha dan tabah yang lebih baik akan menantinya.
“terima kasih Aisya tolong mak cik tadi”.
“tak ada apa mak cik sikit je tu…” Aisya tersenyum dalam tawar. Mak cik Kalsom sangat menyukai Aisya sejak pertama kali arwah anaknya memperkenalkan kepadanya. Namun tidak dapatlah dia bermenantukan Aisya kerana sudah tiada jodoh untuk menjadi mentua pada gadis yang manis bertudung itu.  
     Mereka bersalaman mungkin untuk yang terakhir kerana keluarga Aisya akan pulang esok ke Bidor. Hati Mak Cik Kalsom sungguh berat melepaskan Aisya kerana pilihan arwah Taufiq sangat sesuai untuk dijadikan isteri, namun semua orang menerima  hakikat bahawa Taufiq telah pergi buat selama-lamanya.

     Sebelum bertolak Aiya meminta supaya singgah di tanah perkuburan untuk meziarahi kubur arwah Taufiq. Abangnya dan ibunya hanya menurut permintaan anak perempuan tunggal dalam keluarga mereka. Anggapan mereka, mungkin Aisya mahu menziarahi buat kali terakhir kerana jarak yang memisahkan walaupun dunia Aisya dan arwah Taufik telah berbeza kini.
     Aisya memandang sayu ke arah tanah yang masih merah, kali ini dia mahu mengucapkan salam terakhir buat arwah Taufiq. Benarlah kata-kata terakhir Taufiq dalam pesanan ringkas yang diterima Aisya.
‘Taufiq akan mencintai Aisya…sehingga hujung nyawa… Insyaallah…’
Barulah dia perasan pesanan ringkas yang terakhir diterima pada malam sebelum kemalangan. Apa yang mampu dia lakukan Cuma doa. Doa yang menghubungkan dia dan ALLAH supaya merahmati roh Taufiq dan letakkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Aisya menghampiri kubur arwah dan berkata.
“Aisya redha dengan apa yang telah berlaku…”, dia menarik nafas dalam untuk menahan air mata daripada jatuh ke tanah yang masih merah.
“terima kasih sekali lagi dengan apa Taufiq telah berikan…Aisya minta halalkan segala yang pernah Aisya minta dan Aisya doakan Taufiq aman di sana….”.
“Aisya….”, kedengaran suara halus memanggil namanya. Langkahnya terhenti namun
dia terus  melangkah longlai dan berhenti seketika tanpa berpaling dia menyebut dalam hati.
“selamat tinggal Taufiq…”, seiring dengan tangisannya yang mengalir.
Dari kejauhan kelihatan ibunya dan abangnya , Aiman menanti di pintu kereta. Aisya terus membuka pintu kereta dan memboloskan diri di dalam perut kereta tanpa berpaling lagi kerana hatinya berat untuk meninggalkan tempat di mana jasad orang yang dicintainya dikebumikan.

Esok kelas Amina mengadakan ‘reunion’, sebelum keputusan SPM keluar. Dia telah berjanji dengan rakan-rakannya yang akan menghadiri majlis tersebut. Dia juga telah memaklumkan kepada  papa dan mamanya untuk ke sana dan meminta Firman menghantarnya ke majlis tersebut.
     Ketika Amina memilih baju yang akan dipakai esok, pintu biliknya terkuak. Kelihatan Firman yang tersenyum sumbing memandangnya ke arahnya.
“hyung!...nega buwe yo?!”. Katanya kepada Firman iaitu kenapa? dengan nada geram kerana hampir terkejut dengan abangnya itu
“well…you want to see your chinngu?”, chinggu ataupun kawan.
“bo?”
“eh!...sudahlah sampai terbelit lidah dengar kau cakap korea, bm je lah… ‘gunakanlah bahasa kebangsaan kita….marilah amalkan ramai-ramai…bahasalah menyatukan kita semua…”
“abang…!”,tidak sempat dia menghabiskan nyanyian  sumbangnya pada malam yang dingin.
“tak payah nak buat konsert free kat sini tak ada siapa nak dengan suara abang yang macam katak tercekik tulang..”
“eh!...sedap pe….bahasa jiwa bangsa tau”
“hishh!...sudahlah..kacau lah…”. Firman ketawa terbahak-bahak sambil kakinya melangkah pergi dari bilik adiknya. Tetapi dia patah balik.
“oopss…lupa,esok kul 10.30 pagi.?pukul 10 abang dah nak gerak  lambat abang tinggal…lepas tu talefon kawan Amina abang kata Amina tak dapat pergi sebab sakit perut sembelit…”ketawanya masih bersisa.
“abang!...orang tahu lah…”. Abang masih ingat peristiwa dia terpaksa membatalkan penyertaannya dalam perkhemahan jati diri kerana sembelit dan  Firman yang menalefon rakannya untuk memaklumkan kepada guru. Baginya itu peristiwa yang memalukan kerana ada diantara rakan-rakannya mentertawakannya ketika dia kembali ke sekolah dan menyebabkan reputasi pelajar cemerlang dan aktif jatuh sebab abangnya memberitahu hal yang sebenar sedangkan dia meminta abangnya untuk memberitahu bahawa tidak sihat sahaja. Tidak boleh harap lansung!
     
Amina manis berpakaian blaus bercorak kotak-kotak berwarna pink dan purple dan mengenakan jeans biru gelap dan tudung Syria berwarna kelabu.Dia menunggu abangnya berhampiran dengan ‘bini kesayangannya’ porche. Firman yang segak dan kemas  berbaju t-shirt polo berwarna putih berbelang hitam,kuning dan merah di bahagian dada dan berjeans biru cerah.
“apa pandang-pandang? Hensem kan bang?”
“ya Allah!...kenapa ada juga mahkluk yang  ada penyakit perasan ni..”
“eleh…cakap je lah yang abang hensem”sambil jarinya mengusap-ngusap dagunya yang mempunyai sejemput janggut yang kemas dan rapi. Kalau dipandang abangnya memang hensem kerana wajahnya yang iras artis Korea, maklumlah ayah mereka orang Korea.
     Amina hanya membuat muka yang menyampah melihat abangnya yang tidak sedar diri.
“Fir..Amina..nak pergi dah?”
“ye..mama…”,Firman menjawab.
“Fir hantar Amina, lepas tu Fir, pergi membeli-belah cari hadiah untuk Ikram, nak kahwin”
“eh!,bukan lagi dua bulan ke Ikram nak kahwin?kenapa awal sangat beli?”
“ehmmm…takut tak sempat. Sementara dah keluar ni, baik beli terus. Nanti tak kalut, sebab Ikram suruh Fir jadi pengapit dia”.
“ehmmm, macam tu ke…tak pelah. Amina nanti balik dengan siapa?”
“Fir  lah ambil…”. Datin Rosmina hanya mengangguk.
Kemudian mereka bertolak ke tempat yang dituju. Perjalanan dari rumah ke bandaraya Kuala Lumpur mengambil masa dalam dua puluh minit. Setelah menghantar adiknya dia terus ke Mid Valley untuk mencari hadiah Ikram, dan mahu membeli beberapa barang keperluannya.
     Firman memarkirkan keretanya berhadapan sebuah restoran yang dipenuhi dengan pelanggan. Dia kemudian menuju ke destinasi yang ditujui. Talefonnya berdering.
“hello?”. Dia memulakan perbualan.
“hello, saya…ehmmm… Suzan..”, rupa-rupanya setiausahanya yang berbangsa China.
“yes…kenapa?”
“saya nak beritahu tentang kedatangan pelabur dari Jepun”
“dia orang datang bila?”
“lusa ni..sebab itu saya beritahu En.Firman awal-awal untuk persiapan. Wakil dari Jepun menghubungi saya tadi untuk memaklumkan kepada  En.Firman.”
“okay..terima kasih Suzan”. Perbualan ditamatkan dan dia melangkah pergi memasuki pusat membeli-belah untuk mencari barangnya.

Ketika dia memilih-milih baju kemeja di ruangan lelaki, dia melihat jam Rolexnya.
“alamak…dah lambat…ambil Amina…adoi membebel la mak cik tu”,sambil berlari-lari anak. Nasib baik hadiah untuk Ikram sudah dibeli dan beberapa barangannya, yang membuatkannya lambat kerana terserempak dengan kawan lama sekolahnya dulu dan mereka pergi makan dan bersembang tidak sedar dah dua jam lebih, baru dia meminta diri kerana mahu mencari beberapa kemeja untuk ke tempat kerja.
     Tiba-tiba…dum!. Dia terlanggar seseorang.
“auch!...buta ke?”, jawab seorang perempuan yang jelas geram kerana dilanggar ketika dia berjalan menyusuri kedai-kedai di situ dan dilanggar oleh Firman menyebabkan dia hampir terjatuh tetapi sempat memegang pada dinding yang berhampiran.
“maaf…maaf cik saya tak perasan,saya nak cepat…”,Firman membalas sambil memandang wajah perempuan itu.
“tak pelah…”,itu sahaja yang terluah oleh perempuan itu,lalu pergi meninggalkan Firman yang masih terkebil-kebil di situ.
“alamak..dah lambat ni…”. Firman terus tersedar meninggalkn tempat itu dengan langkahan yang laju mengejar masa.