Pages

Friday, May 24, 2013

BAB 4
      Aisya memulakan kehidupan baru, bukannya niatnya untuk melupakan terus Taufiq tetapi menjadikannya sebagai kenangan yang terindah dalam hidupnya. Kerana dia memerlukan semangat untuk meneruskan hidup. Hati siapa yang tidak sedih apabila mengetahui bakal suami kemalangan ketika hari pernikahan dan menambahkan pilu dihatinya apabila selepas beberapa hari bakal suami meninggalkannya  buat selama-lamanya.
     Kristal pemberian terakhir Taufik dipandang, hatinya dipalu kesayuan. Biliknya sudah pun dikemas dan segala persiapan perkahwinannya disimpan rapi. Rakan-rakannya semua datang memberi kata-kata peransang supaya dapat meneruskan hidup. Masih ingat dia kata-kata Salwa kepadanya.
“Aisya,aku harap kau kuat hadapi semua ni. Sebab semua yang terjadi sudah takdir ditentukan Allah dan Allah akan menjanjikan yang lebih baik untuk kau pada masa hadapan”.
“Taufiq yang terbaik untuk aku…Salwa…”
“tapi…kau tak ada jodoh dengan arwah, bermakna jodoh kau dengan orang lain…sudahlah…aku bukan suruh kau lupakan terus arwah,Cuma jangan terlalu bersedih. Allah tak akan memberi menimpakan sesuatu masalah kepada hamba-Nya sekiranya kita tidak mampu mengatasinya…ingat Aisya..segala yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi…”
     Aisya sekadar mendiamkan diri, bahunya dipeluk erat Salwa untuk memberikan sedikit kekuatan untuk menghadapi hari muka.

Pada hari ini Aisya memulakan tugasnya kembali di sekolah setelah mengambil cuti selama dua minggu, dia perlu kuat untuk terus hidup. Benar kata-kata Salwa semua yang terjadi ada hikmah yang tersembunyi, dalam diam dia memegang kata-kata rakan baiknya itu.
     Buku Sejarah Tingkatan Empat dipegang erat, di samping buku latih tubi bersama bekas penselnya sambil kakinya melangkah menuju ke kelas Tingkatan Empat Science(1) kerana waktu kelasnya sudah tiba.
“bangun!...assalamualaikum cikgu…”, kedengaran suara ketua kelas memberi arahan. Semua pelajar di dalam kelas memberi salam kepada Aisya. Dia sekadar tersenyum.
“waalaikumussalam..duduk.”. semua pelajar duduk di tempat masing-masing sambil mengeluarkan buku teks Sejarah dan buku nota.
“okay, hari ni cikgu akan membincangkan tentang Tamadum Mesopotamia dan kalau sempat kita terus masuk Tamadun Hwang Ho”. Panjang lebar Aisya menerangkan tentang kejayaan yang dicapai orang-orang zaman Tamadun Mesopotamia dari segi kesenian,kesusasteraan dan terknologi. Kadangkala dia tersenyum apabila kelihatan beberapa pelajar lelaki yang seakan mengantuk mendengar penerangannya. Dia sudah mengerti kenapa keadaan sedemikian berlaku, kerana majoriti pelajar yang mengatakan  Sejarah merupakan subjek yang membosankan kerana membincangkan tentang perkara yang telah berlaku, dia sendiri pernah tertidur ketika masih sekolah pada waktu cikgunya memberi penerangan. Tetapi dia minat dengan Sejarah dan selalu skor dalam peperiksaan.
“ehmmm..nampaknya ada kawan kamu yang dah mula mengantuk…okay…untuk menghilangkan rasa mengantuk, saya akan membuat kuiz dan siapa yang menang akan dapat hadiah yang lumayan”. Dek mendengar hadiah pelajar-pelajar lelaki yang mengantuk terus terbuka mata dan bersorak bersama-sama rakan-rakan yang lain.
“okay…okay…saya akan buat kuiz pada bila-bila masa, jadi kamu semua kena baca tajuk-tajuk yang telah kita belajar…cikgu akan tanya berdasarkan apa yang kita belajar. Justeru…kamu mesti bersedia dari masa ke semasa…”. Aisya memberhentikan percakapannya apabila mendengar loceng untuk pertukaran waktu. Rancangannya itu sebenarnya ada yang tersirat kerana dia mahu pelajar-pelajarnya sentiasa bersedia dan bersemangat ketika kuiz dan yang penting peperiksaaan malah ia akan cepat membuatkan pelajar cepat ingat akan tajuk-tajuk tertentu. Dia tersenyum setelah kakinya melangkah keluar dari kelas.

Firman agak ragu-ragu untuk menerima perlawaan Tan Sri Zainal untuk makan tengahari bersama-samanya kerana ada  banyak kerja yang perlu diselesaikannya. Namun oleh kerana mahu menjaga hubungan yang terjalin antara papanya dan  tan sri dia akhirnya akur dengan permintaan tersebut. Kelihatan Tan Sri Zainal menunggunya di salah satu meja yang tersedia di restoran mewah itu. Firman tersenyum lalu mengatur langkah menghampiri meja tersebut lalu duduk  setelah diperlawa oleh tan sri.
“terima kasih kerana sudi makan dengan kami..”
“kami?”
“owh…saya terlupa nak beritahu anak saya ada sekali tadi tapi dia ke toilet sekejap”. Firman sekadar mengangguk. Datang seorang pelayan lelaki  menghampiri mereka untuk mengambil pesanan. Setelah selesai memesan menu pada tengahari tersebut, kelihatan seorang gadis cantik berskirt merah paras lutut dan berblaus putih pendek  cukup untuk menutup badannya yang putih gebu dan melepaskan rambutnya yang separas pinggang berjalan menghampiri mereka.
“perkenalkan  ini anak saya….Qistina..”
“Firman…”, dia memperkenalkan sendiri namanya tanpa menghulurkan tangan untuk bersalam kerana batas antara lelaki dan perempuan bukan muhrim. Qistina hanya tersenyum tanda mengerti.
     Dalam hati Firman terdetik perasaan curiga tentang pertemuan tersebut. Bukan apa , dia seorang lelaki bujang yang berkerjaya dan sudah pasti gadis dihadapannya ini juga masih bujang kalau dilihat penampilannya yang agak sedikit keremajaan.
     Mereka berbual sepanjang menikmati hidangan yang lazat. Ketika berbual, tan sri mengajukan soalan cepu mas.
“Firman, sudah berpunya?”, hampir tersedak dia  mendengar soalan ‘killer’ daripada tan sri, namun cepat-cepat dia caver. Kan… tengok.. betul tak? Hatinya bergetus.
“ehmmm…saya ni nak capai kejayaan dulu tan sri…”
“maaflah…soalan saya ni terlalu privacy…patut la tak kahwin-kahwin lagi. Qistina pun masih bujang..kan…”, pernyataan tan sri telah membuatkan riak muka Qistina berubah menjadi suram. Tanggapanya kali ni memang tepat. 10 markah untuk aku!hahaha.
     Sudah dia menduga agenda yang tersembunyi di sebalik pertemuan mereka pada makan tengahari tersebut , dia pun bukannya tidak mahu berkahwin dan berkeluarga tetapi dia merasakan belum sampai masanya lagi dan mahu membina kerjaya. Oleh sebab itu, dia tidak mempunyai teman istimewa. Setelah selesai makan mereka bertiga beredar dari restoran itu kerana waktu makan rehat sudah menghampiri penamatnya.
     Semasa mengatur langkah ke biliknya  Ikram menegur.              
“oits!...pergi makan dengan Tan Sri Zainal ke….?”. soalan sinis daripada Ikram.
“ehmmm…kenapa kau nak tahu…?ya..! aku pergi makan dengan tan sri…”
“amboi…!marah Nampak…”
“bukan marah, aku Cuma dalam keadaan mood kurang baik ni..”, Firman melepaskan keluhan dipenghujung katanya.
“kenapa?”
“aku dapat rasakan yang tan sri nak padankan aku dengan anak dia…”
“ha!...anak dia Qistina?”. Soalan Ikram dibalas anggukan lemah daripada Firman.
“ehmmm…okay la tu…”
“okay…kau tahu kan aku macam mana…dalam  masa ni aku nak fokus pda kerja…”
“kau ni….nak kata kau gay…dengan laki pun kau tak menunjukkan minat, kat perempuan pun kau menunjukkan yang sama…ehmmm agak-agaknya kau ni dikategorikan yang mana…?”
“Ikram aku serius ni….”. Ikram menghabiskan sisa ketawanya.
“Sahabatku yang tercinta, memang kerja dan cita-cita itu penting, tetapi….dalam mengejar cita-cita , cinta pun harus bersama-sama…kau sempurna sebagai syarat lelaki patut kahwin. Kau ada agama,kaya,kerjaya,keturunan yang baik dan kacak. Kau nak tahu, kejayaan seorang lelaki sebenarnya dengan sokongan daripada seorang wanita yang bergelar isteri lebih bermakna. Tambahan lagi, kalau diikutkan umur kau pun sepatutnya dah kahwin…”. Firman mengeluh, ada benar juga kata-kata sahabat baiknya itu, dia teringatkan papanya yang berjaya dengan sokongan dan dorongan daripada mamanya. Kepalanya mula serabut memikirkannya.
“tapi…calon pun tak ada…”. Ikram ketawa  seraya berkata.
“Firman, ALLAH jadikan setiap benda di muka bumi ni, semuanya berpasang-pasanganan, manusia pun begitu jugak…wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya…”, Ikram berlalu setelah menepuk perlahan belakang Firman. Dia menunduk memandang lantai dengan fikiran yang kosong dalam hati dia bermonolog.
“Ya ALLAH…berilah aku petunjuk dan hadirkan aku dengan wanita yang solehah dan baik pekertinya…amin….”

“Mak, minggu depan Aisya ada kursus dekat KL…”
“kursus apa?”
“pengurusan perpustakaan sekolah, Aisya kan pegang perpustakaan sekolah…sambil tu boleh pergi tengok pembekal buku kat sana nanti. Hari tu pergi pun Aisya tak puas hati, tak sempat nak survey lama-lama”.
“berapa hari pergi kursus tu?”
“ehmmm tiga hari dua malam je mak..”. sambil matanya tertancap pada televisyen Sanyo menonton drama, Gemersik Kalbu kegemarannya pada  setiap petang. Ketika menyaksikan lakonan Aqasha yang mencuit hatinya, kedengaran kereta berhenti di hadapan rumah teres milik ibunya. Ibunya mengintai dijendela rumah, lalu membuka pintu rumah. Sejurus itu, kedengaran riuh mula menjengah rumahnya.
“owh…Tahsriq…mana adik?”, sambil bibir kanak-kanak kecil berusia dua tahun setengah muncung menunjukkan adiknya Tania yang berada dalam dukungan ayahnya. Sementara kakak iparnya tersenyum melihat bibir mungil anaknya itu lalu bersalaman dengan ibu mertua dan adik iparnya yang sudah lama menunggu kepulangan mereka.
“Achik…achik…nanak totelat…”,lincah Tashriq berkat-kata denga pelatnya yang mencuit hatinya.
“cium pipi achik dulu….”, sambil jari kanannya menunjukkan pipinya. Gelagat dua beranak itu membuatkan ibunya tersenyum melihat perubahan Aisya kerana sudah seminggu lebih asyik murung dan terperap dalam bilik. Hati ibunya berasa sangat lega. Begitu juga dengan abang sulungnya dan kakak iparnya. Oleh kerana itu, dia bersetuju untuk pulang ke kampung halaman suaminya kerana mahu melihat keadaan Aisya selepas tragedi hitam dalam hidup Aisya.
“mak, kami cadang esok nak ajak mak dengan Aisya pergi Teluk Batik dengan Lumut…esok kan hari sabtu…Aisya tak ada aktiviti sekolah kan…”
“ehmmm….boleh jugak tu along…boleh pergi membeli-belah, lama tak berjalan-jalan sekeluarga kan…tapi angah dengan adik macam mana?”
“jangan risau angah nanti, ambil adik kat poli terus ke sana…”. Cadangan bernas daripada Aiman, sebenarnya dia sudah merancang dengan adik lelakinya Adam untuk membawa keluarga keluar makan angin dan tenangkan fikiran. Adam pula dari Tanjung Malim akan ambil Aliff yang  masih belajar di Politeknik Ungku Omar. Aiman pula bertolak dari kulim pagi tadi dan sudah tiba di Bidor. 

     Suzan merenung ke arah syiling dengan fikiran yang kosong sesekali dia mengeluh panjang. Sudah lama dia cuba memikat bosnya Firman tetapi lelaki itu  hanya buat tidak kisah dengannya. Firman lelaki yang mempunyai segala seperti yang selalu juri-juri program realiti katakan‘cukup pakej’.
    Tiba-tiba pintu apartmennya diketuk. Dengan malas dia bangun daripada sofa dan membuka pintu dan kelihatan seorang  wanita separuh umur tersenyum memandang ke arahnya.
“ehmmm…mummy….kenapa datang?”. Cakap  Suzan  dalam bahasa cina.
“kenapa mummy tak boleh datang tengok anak mummy ke?”, riak wajah Xia Wei jelas kecewa dengan kata-kata Suzan. Suzan terus masuk dan mengajak ibunya dengan nada tidak mengalu-alukan kedatangan ibunya. Namun digagahi wanita tua itu masuk ke dalam rumah semata-mata mahu melihat anak tunggalnya.
“mummy nak minum apa, ambil sajalah dalam peti ais tu, Suzan letih nak tidur”
“tapi hari ni kan cuti kenapa tidur waktu siang? Tak pergi berjalan-jalan?”
“mummy ni tak faham ke, Suzan letih nak tidur, semalam ada kerja buat sampai lewat malam…”
“kerja sampai lewat malam? Kerja apa yang Suzan buat…Suzan kan hanya setiausaha saja…”
“mummy tolong jangan nak masuk campur urusan Suzan, selama Suzan hidup pun mummy tak pernah nak ambil pasal Suzan kenapa sekarang?sudah la….Suzan mau tidur, mummy nak duduk kat sini, duduk elok-elok kalau tak nak boleh balik!”, kasar Suzan menjawab soalan ibunya. Terasa hati wanita itu, perlahan-lahan tangannya menyapu setitik air mata yang menitis di pipi kirinya sambil melihat anaknya menutup pintu bilik dengan rakus.
    Menjadi kebiasaanya untuk datang ke rumah anaknya untuk membantu anaknya mengemas rumah atau memasak sambil boleh melawat anaknya kerana selalu merindui. Sikap Suzan begitu kerana dia marah akan ibunya yang sanggup meninggalkannya dengan orang lain kerana kemiskinan. Oleh sebab itu, Suzan tidak mencarinya sehinggalah ibunya sendiri menjumpainya ketika dia masih menuntut di universiti.
     Selesai memasak dia berehat di sofa di ruang tamu rumah Suzan, setelah itu matanya terlelap seketika. Namun dia terjaga semula apabila mendengar anaknya memanggilnya.
“mummy….mummy bangunlah…!”
“kenapa Suzan? Nak makan, mummy dah siapkan…mari kita makan..”
“tak payah…Suzan nak keluar dengan kawan..kalau mummy nak makan pergi makan, Cuma kalau nak balik tolong kunci pintu dan semua tingkap..”, dia terus berlalu dan meninggalkan Xia Wei terkebil-kebil. Lalu dia bangun menuju ketingkap dan melihat anaknya menaiki kereta  BMW tetapi tidak kelihatan pemandunya. Dia mengeluh panjang lalu pergi ke bilik air untuk membersih muka setelah selesai dia mengambil begnya kerana mahu pulang, tidak betah untuk tinggal di rumah Suzan lama-lama kerana dia sangat berkecil hati.

Telinga Firman terngiang-ngiang kata-kata Ikram ketika mereka pergi minum petang bersama-sama di sebuah kafe setelah pulang kerja.
“Fir, memang jodoh ditentukan Allah tapi, kalau tak usaha kita tak tahu sama ada jodoh kita siapa dan yang penting peribadinya…”.
     Dia menarik beberapa kali rambutnya dengan rakus, pening kepalanya memikirkan soal jodoh. Dia cuba bertenang namun bingkas bangun mengambil wuduk untuk membuat solat sunat meminta Allah memberikannya petunjuk dan tenangkan hatinya. Setelah selesai dia terus duduk di birai katil lalu mengambil diarinya. Dia menyelak sehelai demi sehelai lalu berhenti apabila terpandang sekeping gambar lama ketika dia masih belajar di universiti. Dia tersenyum melihat gambar zaman remajanya, kelihatan dalam gambar itu, dia yang bersebelahan dengan Johan rakan karibnya dahulu dan seorang gadis berambut lurus panjang paras bahu yang berada di sebelah kirinya. Mereka bertiga dalam gambar itu tersenyum gembira kerana menyertai majlis perpisahan yang dianjurkan fakulti mereka.
    Dia mengeluh kalau tidak kerana dia lambat menceritakan segalanya kepada gadis itu sudah pasti dia tidak akan keseorangan. Dia merenung gambar itu , lama sekali sehinggalah dia tersedar apabila guruh kuat kedengaran, lantas dia menyimpan gambar itu kembali dalam diarinya. Lalu membaringkan di atas tilam yang empuk sesekali dia menguap kerana terlalu letih dengan kerja di pejabat. Walaupun letih, entah kenapa mindanya tetap memikirkan gadis di dalam gambar itu. Memori ketika belajar di Australia bermain di fikiran bagaimana dia boleh bertemu dengan Johan  yang menjadi sahabatnya ketika berada jauh dengan keluarga.
     Di Australia jugalah dia bertemu dengan gadis bermata bundar dan berwarna coklat yang juga menjadi sahabatnya di sana. Namun sekarang segalanya sudah berubah kerana satu kejadian. Tiba-tiba…
“abang!”, Fakriz menjerit namanya membuatkan dia tersentak.
“hish..kenapa nak jerit-jerit”
“owh…biande…hehehe…ingatkan tak dengar. Fakriz tengok abang termenung dari tadi, tu yang menjerit…”, sambil kakinya melangkah ke birai katil queen size lalu duduk di sebelah abangnya.
“ye lah…tu…kau bukak pintu abang dari tadi ke?”, soal Firman dengan nada tinggi.
“ha’ah…abang tak dengar termenung dari tadi. Lagipun nak hujan tu yang menjerit  panggil abang.”
“ehmmm , nak apa ni”
“abang, boleh mintak lima puluh ringgit?”
“nak buat apa? Apa pasal tak minta kat mama dengan papa”
“tak boleh , nanti mama papa marah sebab baru  seminggu lepas Fakriz minta dah”
“ha..habis tu minta kat abang ni, nak buat apa pulak duit tu?”
“yang minta kat mama dan papa nak beli buku latihan kat cikgu, yang ni nak beli komik. Boleh ya hyung…”
“komik tak habis-habis, yang baki duit hari tu, beli topup la kan?”. Sambil mengeluarkan sekeping not lima puluh ringgit daripada dompetnya yang berhampiran dengan meja terletak di tepi katilnya. Walaupn marah tetapi dia tidak kedekut dengan adik-beradiknya.
“yes!...kamsahamida!”. Kedengaran ketawa Fakriz bersisa.
“dah dapat duit, jangan nak ingat beli komik je, pergi beli buku rujukan ke , latihan ke…tahun ni nak PMR , berangan lagi dengan komik ‘Budak Getah’ tu…”
     Firman terus baring setelah melihat adiknya menutup pintu dan dia mengeluh panjang dan menyebut,

“Lisa…..”. lalu matanya terlelap.

No comments:

Post a Comment