BAB 3
Datuk Muhammad bersalaman
dengan pelabur dari Australia
tanda persepakatan dipersetujui kedua-dua pihak. Tersenyum Firman yang berada di sebelah kiri papanya. Setelah upacara tandatangan berjalan dengan jayanya
semua tetamu dijemput pengerusi majlis untuk menjamah hidangan yang telah
disediakan.
“Tahniah!...akhirnya berjaya juga kau ya…nanti boleh belanja aku.”,
tegur sahabat baik yang juga bekerja dengan
Datuk Muhammad. Firman tersenyum lalu menjawab.
“eh!...asal aku pulak nak kena belanja…sepatutnya orang yang berjaya
yang dibelanjakan…”
“sepatutnya la kan …”,seloroh Ikram. Ketawa mereka meletus. Tiba-tiba
kedengaran handfone Ikram berbunyi lalu Firman mengangguk memberi laluan kepada
sahabatnya untuk menjawab panggilan tersebut.
“Hello…sayang…kenapa?”, rupa-rupanya tunang Ikram, getus hati Firman.
Mereka berdua akan berkahwin tidak lama lagi. setelah lebih kurang lima belas minit berbual, panggilan tersebut
ditamatkan.
“Sofea?”, Firman bertanya. Ikram mengangguk lalu membalas.
“dia nak ajak aku pergi beli barang hantaran nanti”. Firman
mengangguk tanda mengerti.
“eh!...kau bila pula…nanti kalau aku dah kahwin…tinggal la kau
seorang tak berteman…”, seloroh Ikram.
“ala…kau nak berkepit 24 jam ke dengan Sofea kalau dah kahwin?”.
Firman mengusik.
“bukan tu lah maksud aku…kau
ni…..macam ni , boleh dikatakan semua
kawan-kawan kita dah berpunya,malah ada yang dah berkahwin lepas ni aku pulak,kau
jelah yang belum berteman…ada faham?”. Ikram menerangkan panjang lebar.
“kau ni Ikram…potong steam betul lah….aku tengah happy ni…”
“habis tu sampai bila kau nak berbujang”
“kau ni dah macam mama aku dah…asyik bercakap isu yang sama…boring
la…lagipun aku ada peneman dah dalam hidup aku”.
“sape?”
“kerja!”
“eh!kau ni nak kahwin dengan kerja ke? Memang workaholic betul lah
mamat separuh korea
ni”. Ikram membalas pernyataan Firman.
“ala kau ni…aku nak tunggu seorang puteri dari kayangan datang
meminang aku…”. Firman ketawa.
“ehmmm…elok sangat lah tu… tunggu lah puteri sewel mana nak datang meminang
kau…mengarut je lebih…dah lah malas aku…makan lagi bagus!”. Ikram bernada
seakan merajuk.
“ala merajuk pulak pak cik ni”. Ikram memandang Firman dengan
wajahnya yang agak geram.
“hish,…budak ni ada yang juga nak kena dengan penampar sulung aku
ni”. Firman sekadar ketawa.
Keadaan Taufik tidak menandakan dia akan pulih kerana sudah tiga
hari koma dan selama itulah Aisya akan pergi ke hospital melawat. Aisya seperti
menaruh harapan kerana dia yakin Taufiq akan sedar.
“Taufiq,Aisya datang…bangun Taufiq…Aisya akan tetap menunggu Taufiq
sampai bila-bila…”,kedengaran tangisan kecil dihujung katanya. Waktu itu dia
datang keseorangan tanpa berteman kerana ada saudaranya yang telah pulang
kerana cuti mereka telah habis namun ada juga yang masih menemani keluarga
mereka. Ibunya juga kadang-kadang akan menemaninya melawat Taufiq.
Begitulah Aisya, walaupun
doktor sudah memklumkan untuk pulih adalah sangat tipis kerana kecederaan
Taufiq di kepala. Sewaktu kemalangan berlaku,kepalanya terhentak dengan kuat
sehingga berdarah menyebabkan kecedaraan dalam kepala dan berkemungkinan kalau
pulih dia belum tentu akan ingat apa yang terjadi atau mungkin akan lumpuh
kerana sarafnya mengalami kerosakan akibat hentakan. Sebolehnya Aisya tidak
mahu perkara itu terjadi, oleh itu dia menyakinkan hatinya bahawa Taufiq sedar
dan akan pulih. Ibu bapa Taufiq begitu mengasihani kedua-duanya yang sepatutnya
bahagia selepas bernikah. Namun takdir sudah tertulis dan mereka tidak mampu
melawan takdir yang ditetapkan ALLAH.
“Aisya…pergi la solat
dulu,biar mak cik temankan Taufiq”. Aisya bangun memberi laluan kepada ibu
Taufiq yang sudah selesai solat zuhur tadi. Dengan langkah yang longlai dia
keluar daripada wad dan menuju ke surau hospital.
Selesai solat dia berdoa
agar ALLAH memanjangkan umur Taufiq supaya jodoh mereka masih ada. Ketika
berdoa air matanya mengalir untuk kesekian kalinya, setelah kemalangan menimpa
tunangnya, air matanya tidak jemu daripada mengalir di pipinya. Dia kemudiannya
melipat telekung dan keluar menuju ke kafe untuk menjamah sedikit makanan
kerana dari tadi dia tidak makan apa-apa. Seusai membeli roti dan air dia
melangkah ke wad Taufiq, hatinya berdegup kencang entah kenapa lain benar
degupannya. Namun digagahi untuk meneruskan langkah. Di hadapan pintu wad
kelihatan Pak Samad tersandar dengan wajah yang suram di dinding yang
bertentangan dengan pintu wad. Dia bergegas menuju ke arah Pak Samad, mukanya
penuh tanda tanya.
“Taufiq….”. Pak Samad yang mengerti hanya mampu menyebut nama Taufiq
tetapi tidak mampu meneruskan kata-katanya.
Aisya segera membuka
pintu,beg plastik yang dipegang berisi air dan roti terlepas dari tangan dek
melihat jururawat menutup badan dan muka Taufik dengan selimut putih.
Serta-merta air matanya mengalir. Dia terkedu dan terkelu, tidak mampu untuk
berkata apa-apa. Perlahan-lahan dia menghampiri katil dengan hati juga
menangis.
“Taufiq…”,perlahan nama itu disebut sekali lagi. Dunianya hilang
seketika. Ibu Taufik merangkul erat Aisya yang kelihatan ‘hilang’ memandang
sayu ke arah katil. Tiada respon dari Aisya untuk membalas pelukan itu. Hanya
hatinya mampu meraung memanggil nama Taufiq sedangkan bibirnya terkunci rapat.
Langit mendung meghiasi suasana pada pagi itu seperti memahami
perasaannya ketika melihat jasad tidak bernyawa dikebumikan di depan mata. Apa
yang mampu dilakukan hanya berdiam diri
kerana tidak elok menangis dan meraung di tanah perkuburan kerana akan menyeksa
jenazah. Hujan renyai mula turun seusai dia menyirami air mawar di kubur
arwah Taufiq. Dia menahan air mata daripada menitis yang bertakung di
hujung matanya. Selesai menyiram ibunya mengusap lembut belakang Aisya tanda
memahami perasaan anak gadis tunggalnya.
Semua mula meninggal
‘taman sepi’ itu. Dengan langkah yang longlai keluarga Taufik menuju ke arah
kereta begitu juga dengan keluarga Aisya. Hanya tinggal dia sahaja yang masih
tidak berganjak dari situ. Dia mengusap tanah yang masih merah.
“Taufiq…terima kasih di atas kasih sayang yang diberikan…Aisya
sangat menghargainya dan tidak akan sesekali melupakannya”.
Pada malam itu,diadakan majlis tahlil di rumah Pak Samad. Keluarga
Aisya dijemput kerana mereka akan pulang esok memandangkan mereka telah berada
di Alor Star selama tiga hari. Sayu suasana rumah Pak Samad kerana kehilangan
anaknya yang pergi buat selama-lamanya. Begitulah yang akan terjadi pada setiap
manusia, mati itu pasti. Tiada siapa dapat melarikan diri, yang hidup perlu
teruskan kehidupan.
Sudah tertulis di Luh
Mahfuz jodoh Nuraisya bukan dengan Taufiq Alias, oleh itu dia perlu menerimanya
kerana jodoh pertemuan, ajal maut ketentuan-Nya. Manusia perlu menerima hakikat
tersebut. Walaupun pahit untuk ditelan Aisya dia harus menerimanya , semua yang
berlaku ada hikmahnya dan sekiranya dia menerima dengan redha dan tabah yang
lebih baik akan menantinya.
“terima kasih Aisya tolong mak cik tadi”.
“tak ada apa mak cik sikit je tu…” Aisya tersenyum dalam tawar. Mak
cik Kalsom sangat menyukai Aisya sejak pertama kali arwah anaknya
memperkenalkan kepadanya. Namun tidak dapatlah dia bermenantukan Aisya kerana
sudah tiada jodoh untuk menjadi mentua pada gadis yang manis bertudung itu.
Mereka bersalaman mungkin
untuk yang terakhir kerana keluarga Aisya akan pulang esok ke Bidor. Hati Mak
Cik Kalsom sungguh berat melepaskan Aisya kerana pilihan arwah Taufiq sangat
sesuai untuk dijadikan isteri, namun semua orang menerima hakikat bahawa Taufiq telah pergi buat
selama-lamanya.
Sebelum bertolak Aiya
meminta supaya singgah di tanah perkuburan untuk meziarahi kubur arwah Taufiq.
Abangnya dan ibunya hanya menurut permintaan anak perempuan tunggal dalam
keluarga mereka. Anggapan mereka, mungkin Aisya mahu menziarahi buat kali
terakhir kerana jarak yang memisahkan walaupun dunia Aisya dan arwah Taufik
telah berbeza kini.
Aisya memandang sayu ke arah
tanah yang masih merah, kali ini dia mahu mengucapkan salam terakhir buat arwah
Taufiq. Benarlah kata-kata terakhir Taufiq dalam pesanan ringkas yang diterima
Aisya.
‘Taufiq akan mencintai Aisya…sehingga hujung nyawa… Insyaallah…’
Barulah dia perasan pesanan ringkas yang terakhir diterima pada
malam sebelum kemalangan. Apa yang mampu dia lakukan Cuma doa. Doa yang
menghubungkan dia dan ALLAH supaya merahmati roh Taufiq dan letakkan dalam
kalangan orang-orang yang beriman. Aisya menghampiri kubur arwah dan berkata.
“Aisya redha dengan apa yang telah berlaku…”, dia menarik nafas
dalam untuk menahan air mata daripada jatuh ke tanah yang masih merah.
“terima kasih sekali lagi dengan apa Taufiq telah berikan…Aisya
minta halalkan segala yang pernah Aisya minta dan Aisya doakan Taufiq aman di sana ….”.
“Aisya….”, kedengaran suara halus memanggil namanya. Langkahnya
terhenti namun
dia terus melangkah longlai
dan berhenti seketika tanpa berpaling dia menyebut dalam hati.
“selamat tinggal Taufiq…”, seiring dengan tangisannya yang mengalir.
Dari kejauhan kelihatan ibunya dan abangnya , Aiman menanti di pintu
kereta. Aisya terus membuka pintu kereta dan memboloskan diri di dalam perut
kereta tanpa berpaling lagi kerana hatinya berat untuk meninggalkan tempat di
mana jasad orang yang dicintainya dikebumikan.
Esok kelas Amina mengadakan ‘reunion’, sebelum keputusan SPM keluar.
Dia telah berjanji dengan rakan-rakannya yang akan menghadiri majlis tersebut.
Dia juga telah memaklumkan kepada papa
dan mamanya untuk ke sana
dan meminta Firman menghantarnya ke majlis tersebut.
Ketika Amina memilih baju
yang akan dipakai esok, pintu biliknya terkuak. Kelihatan Firman yang tersenyum
sumbing memandangnya ke arahnya.
“hyung!...nega buwe yo?!”. Katanya kepada Firman iaitu kenapa? dengan
nada geram kerana hampir terkejut dengan abangnya itu
“well…you want to see your chinngu?”, chinggu ataupun kawan.
“bo?”
“eh!...sudahlah sampai terbelit lidah dengar kau cakap korea ,
bm je lah… ‘gunakanlah bahasa kebangsaan kita….marilah amalkan ramai-ramai…bahasalah
menyatukan kita semua…”
“abang…!”,tidak sempat dia menghabiskan nyanyian sumbangnya pada malam yang dingin.
“tak payah nak buat konsert free kat sini tak ada siapa nak dengan
suara abang yang macam katak tercekik tulang..”
“eh!...sedap pe….bahasa jiwa bangsa tau”
“hishh!...sudahlah..kacau lah…”. Firman ketawa terbahak-bahak sambil
kakinya melangkah pergi dari bilik adiknya. Tetapi dia patah balik.
“oopss…lupa,esok kul 10.30 pagi.?pukul 10 abang dah nak gerak lambat abang tinggal…lepas tu talefon kawan
Amina abang kata Amina tak dapat pergi sebab sakit perut sembelit…”ketawanya
masih bersisa.
“abang!...orang tahu lah…”. Abang masih ingat peristiwa dia terpaksa
membatalkan penyertaannya dalam perkhemahan jati diri kerana sembelit dan Firman yang menalefon rakannya untuk
memaklumkan kepada guru. Baginya itu peristiwa yang memalukan kerana ada
diantara rakan-rakannya mentertawakannya ketika dia kembali ke sekolah dan
menyebabkan reputasi pelajar cemerlang dan aktif jatuh sebab abangnya memberitahu
hal yang sebenar sedangkan dia meminta abangnya untuk memberitahu bahawa tidak
sihat sahaja. Tidak boleh harap lansung!
Amina manis berpakaian blaus bercorak kotak-kotak berwarna pink dan
purple dan mengenakan jeans biru gelap dan tudung Syria berwarna kelabu.Dia menunggu
abangnya berhampiran dengan ‘bini kesayangannya’ porche. Firman yang segak dan
kemas berbaju t-shirt polo berwarna
putih berbelang hitam,kuning dan merah di bahagian dada dan berjeans biru
cerah.
“apa pandang-pandang? Hensem kan
bang?”
“ya Allah!...kenapa ada juga mahkluk yang ada penyakit perasan ni..”
“eleh…cakap je lah yang abang hensem”sambil jarinya mengusap-ngusap
dagunya yang mempunyai sejemput janggut yang kemas dan rapi. Kalau dipandang
abangnya memang hensem kerana wajahnya yang iras artis Korea , maklumlah ayah mereka orang Korea .
Amina hanya membuat muka
yang menyampah melihat abangnya yang tidak sedar diri.
“Fir..Amina..nak pergi dah?”
“ye..mama…”,Firman menjawab.
“Fir hantar Amina, lepas tu Fir, pergi membeli-belah cari hadiah
untuk Ikram, nak kahwin”
“eh!,bukan lagi dua bulan ke Ikram nak kahwin?kenapa awal sangat
beli?”
“ehmmm…takut tak sempat. Sementara dah keluar ni, baik beli terus.
Nanti tak kalut, sebab Ikram suruh Fir jadi pengapit dia”.
“ehmmm, macam tu ke…tak pelah. Amina nanti balik dengan siapa?”
“Fir lah ambil…”. Datin
Rosmina hanya mengangguk.
Kemudian mereka bertolak ke tempat yang dituju. Perjalanan dari
rumah ke bandaraya Kuala Lumpur
mengambil masa dalam dua puluh minit. Setelah menghantar adiknya dia terus ke
Mid Valley untuk mencari hadiah Ikram, dan mahu membeli beberapa barang
keperluannya.
Firman memarkirkan
keretanya berhadapan sebuah restoran yang dipenuhi dengan pelanggan. Dia
kemudian menuju ke destinasi yang ditujui. Talefonnya berdering.
“hello?”. Dia memulakan perbualan.
“hello, saya…ehmmm… Suzan..”, rupa-rupanya setiausahanya yang
berbangsa China .
“yes…kenapa?”
“saya nak beritahu tentang kedatangan pelabur dari Jepun”
“dia orang datang bila?”
“lusa ni..sebab itu saya beritahu En.Firman awal-awal untuk
persiapan. Wakil dari Jepun menghubungi saya tadi untuk memaklumkan kepada En.Firman.”
“okay..terima kasih Suzan”. Perbualan ditamatkan dan dia melangkah
pergi memasuki pusat membeli-belah untuk mencari barangnya.
Ketika dia memilih-milih baju kemeja di ruangan lelaki, dia melihat
jam Rolexnya.
“alamak…dah lambat…ambil Amina…adoi membebel la mak cik tu”,sambil
berlari-lari anak. Nasib baik hadiah untuk Ikram sudah dibeli dan beberapa
barangannya, yang membuatkannya lambat kerana terserempak dengan kawan lama
sekolahnya dulu dan mereka pergi makan dan bersembang tidak sedar dah dua jam
lebih, baru dia meminta diri kerana mahu mencari beberapa kemeja untuk ke
tempat kerja.
Tiba-tiba…dum!. Dia
terlanggar seseorang.
“auch!...buta ke?”, jawab seorang perempuan yang jelas geram kerana
dilanggar ketika dia berjalan menyusuri kedai-kedai di situ dan dilanggar oleh
Firman menyebabkan dia hampir terjatuh tetapi sempat memegang pada dinding yang
berhampiran.
“maaf…maaf cik saya tak perasan,saya nak cepat…”,Firman membalas
sambil memandang wajah perempuan itu.
“tak pelah…”,itu sahaja yang terluah oleh perempuan itu,lalu pergi
meninggalkan Firman yang masih terkebil-kebil di situ.
“alamak..dah lambat ni…”. Firman terus tersedar meninggalkn tempat
itu dengan langkahan yang laju mengejar masa.
No comments:
Post a Comment