Pages

Tuesday, May 14, 2013

Tentang Rasa




BAB 1                                                


     Dia melangkah masuk ke rumah dengan hati yang tenang. Sebaik sahaja kakinya melangkah keruang tamu matanya terpandang bungkusan di atas meja. Hatinya terdetik seketika.
“untuk siapa ya?”. Dia terus melangkah menghampiri bungkusan tersebut dan pada bungkusan itu tertulis  namanya, Nuraisya bt Hakim beserta dengan alamat rumahnya. Segera dibuka bungkusan dengan semangat inkuiri yang mendalam. Pembalut yang berwarna biru muda itu ditarik dan  kelihatan kotak empat segi yang agak kecil dibuka lalu Aisya tersenyum.
“dah agak….”, lalu membawa kotak tersebut ke biliknya. Dengan hatinya yang berbunga dia membawa keluar Kristal yang berbentuk hati dan membelek-belek sambil bibirnya mengukir senyuman penuh makna. Dalam beberapa minit,kedengaran lagu Anuar Zain, sedetik lebih daripada talefon nokianya.
“hello!, assalamuaalaikum.”,kedengaran satu suara garau milik seorang lelaki yang kini bergelar tunangnya.Aisya tersenyum.
“waalaikummussalam…”,Aisya segera menjawab salam.
“dah dapat hadiah yang Taufiq bagi?...”
“ehmmm…dah tengah belek-belek,cantik terima kasih…”
“sama-sama…selamat hari lahir yang ke 24,sory la sebab Taufiq tak dapat nak sambut sekali dengan Aisya”
“tak pe..Aisya faham, taufiq kan sibuk sekarang dengan kerja..asalkan ingat pun sudah cukup…tak bagi hadiah pun tak pe..”
“Owh..kalau macam tu bagi balik lah…”,kedengaran tawa dihujung talian.
“eh!mana boleh,dah bagi tak boleh ambil balik. Itu dikira buruk siku”. Kedua-dua mereka tertawa menggambarkan perasaan gembira tak terhingga. Mereka telah bertunang selama lima bulan dan tinggal sebulan lagi untuk diijabkabulkan. Waktu yang paling ditunggu-tunggu bagi mereka setelah empat tahun bercinta sewaktu di universiti.
“tak pelah..Taufik nak solat asar kejap. Nanti Taufiq call balik”
“okay…assalamuaalaikum”. Salam Aisya diambut oleh Taufik lalu menamatkan panggilan. Aisya sekali melihat hadiah yang diberi Taufik,sangat cantik dengan keristal berbentuk hati dan tertulis ‘aku ada  untukmu,Aisya…’  
    
     Ibu Aisya yang sedang membelek-belek barang hantaran yang bakal diberi kepada pihak lelaki pada hari perkahwinan dengan dahi yang berkerut-kerut.
“mak,kenapa?dari tadi Aisya tengok berkerut-kerut dahi mak tengok barang hantaran…”
“ni,tengok…macam mana kau buat ni..dah tertanggal renda ni..” sambil tangannya ligat memasang kembali renda  berwarna emas pada tempat asalnya. Aisya hanya tergelak kecil melihat gelagat ibunya yang nampak begitu teliti dan serius dalam memastikan semua perkara berjalan dengan lancar kerana Aisya ialah satu-satunya anak perempuan tunggal dalam keluarganya yang lain semua lelaki,iaitu dua orang abang dan seorang adik. Oleh sebab itu,ibunya mahu mengadakan kenduri besar-besaran kerana kedua-dua abangnya sudah mendirikan rumahtangga. Abang yang sulung, Aiman sudah tiga tahun usia perkahwinan,mempunyai dua orang anak dan yang kedua, Adam baru setahun  berkahwin dan bakal menimang cahaya mata yang pertama. Manakala adiknya yang bongsu,Aliff baru  19 tahun dan masih belajar di politeknik. Aisya sangat bertuah kerana semua ahli keluarga sangat sayang kepadanya tambah-tambah ibunya yang ingin sangat anak perempuan semasa mengandungkannya,alhamdullilah dengan berkat dan keizinan ALLAH s.w.t mengurniakan Nuraisya dalam keluarga dan menambahkan lagi keceriaan kepada mereka.
     Setelah siap renda dipasang ibunya segera bangun dan duduk disebelah Aisya.
“tadi ada bungkusan dari Kedah”
“ehmmm…Aisya dah ambil tadi..”
“Taufiq?”,ibunya meneka sambil tersenyum. Aisya sekadar mengangguk sambil matanya menonton berita di tv3.
“Taufiq tu…cuti berapa hari…asyik kerja tak habis-habis…”
“dapat cuti dua minggu katanya dia mintak kat bos dia,kenapa mak?’ mata Aisya terus memandang ibunya.
“takpe lah…saja mak tanya ,Aisya berapa hari? dah mintak cuti?”
“ehmmm…dah tadi kat pengetua..dapat seminggu…”ibunya mengangguk. Hari perkahwinan mereka pada cuti sekolah penggal pertama,tetapi dia minta cuti awal kerana mahu menguruskan perkahwinannya.

   Suasana sekolah begitu bingit kerana sudah waktu rehat. Semua pelajar bergegas menuju ke kantin untuk mengisi perut setelah otak mereka diisi dengan ilmu,ada yang ke perpustakaan dan ada yang menuju ke bilik guru. Aisya yang berjalan menuju  ke bilik guru disapa beberapa pelajar yang berselisih dengannya. Sebaik sahaja kakinya mahu melangkah ke pintu bilik guru, dia disapa oleh seorang guru perempuan yang juga kawan sekerjanya.
“Aisya,bila start cuti?”,tanya Cikgu Kamila.
“esok...”
“oh…kiranya hari ni last la date la sebagai cikgu single”,kedengaran tawa mereka berdua. Pelajar-pelajar yang berlalu di situ pun tutut sama tertawa kerana terdengar perbualan cikgu mereka. Hal ini kerana satu sekolah sudah maklum tentang perkahwinannya yang akan berlansung tidak lama lagi. Mereka berdua beriringan masuk ke bilik guru dan Aisya menuju ke tempatnya yang bersebelahan dengan kawan baiknya iaitu  Salwa.
“hai…salwa buat apa?”
“ehmmm…buat apa lagi siapkan buku laporan mengajar la…kan pengetua nak sebelum cuti,kau dah siap…”
“ehmmm…dah semalam…baru hantar tadi…”
“yelah orang nak kahwin mesti siapkan awal…nanti tak sempat honeymoon kena buat kerja pulak…”sampuk Cikgu Nizam yang datang dari belakang. Semua yang mendengar ketawa.
“hishh….kau ni ada pulak…”Aisya menjawab dengan mukanya makin merah dipipinya. Cikgu Nizam yang masih kedengaran ketawanya terus menuju ke mejanya yang berada di kawasan meja guru lelaki. Aisya begitu malu sekali dengan usikan teman-teman sekerjanya.
“ini baru nak kahwin..,kalau dah kahwin mesti lagi kena usik…”getus hatinya. Dia masih ingat ketika Salwa yang berkahwin tahun lepas diusik oleh Cikgu Nizam dan Cikgu Akiff sehinggakan merah padam mukanya menahan malu.
“ehmmm,kau jangan layan sangat Nizam tu…otak skru longgar…”mereka berdua ketawa. Setelah  Salwa menyiapkan kerjanya mereka berdua terus menuju ke kantin untuk mengisi perut yang kian berkeroncong.

    
Seorang pemuda berkaca mata hitam dan  berbaju kemeja berwarna putih gading yang melekap pada badan menuju ke tempat letak kereta tiba-tiba dilanggar oleh seorang mak cik yang datang dari arah belakang.
“eh!minta maaf nak,mak cik tak sengaja..”,pemuda itu hanya tersenyum dan..
“tak pe…sikit je…”lalu dia berjalan terus ke kereta Porche nya lalu terus menghidupkan enjin dan meluncur laju membelah jalan raya.
“Hello,ma…Fir tak balik makan hari ni ada kerja nak buat”
“ehmmm…Fir selalu sibuk dengan kerja…yelah…nanti jangan tak makan pula…”. Datin Rosmina terus meletakkan ganggang setelah salam diberi. Firman tersenyum,begitulah mamanya selalu berleter kerana dia seorang ‘workaholic’ dan komited dalam kerjanya. Papanya pun sama,tetapi selalu pulang makan tengahari kerana mahu temankan mamanya makan. Firman Aysraf lelaki idaman semua gadis kerana pakej yang dimilikinya iaitu,kaya,bijak dan wajah yang tampan kerana memliki wajah kacukan Melayu-Korea terserlah , begitu juga adik-beradiknya yang lain.
     Mamanya bertemu dengan papanya ketika mengikuti seminar teknologi di Seoul kerana mamanya bekerja dengan datuknya yang menubuhkan syarikat yang memerlukan teknologi, nak dijadikan cerita papanya Datuk Muhammad  Lee atau nama sebelum islam Lee Seung Jo. Mereka berdua pada mulanya hanya kawan biasa dan papanya yang berminat mengenai islam cuba bertanya soal agama kepada mamanya yang mendapat didikan agama yang cukup daripada datuknya dulu. Setelah itu,papanya melamar mamanya dan menetap di Korea selama dua tahun dan pulang setelah datuknya yang pada mulanya menentang perkahwinan tersebut akhirnya merestui kerana kesungguhan papanya yang menyatakan dia memasuki islam kerana memang berminat tentang islam dan jatuh cinta dengan islam setelah mengenali Datin Rosmina yang mampu membimbingnya. Lalu datuknya mahu  Datuk Muhammad mengambil alih syarikatnya.
     Firman begitu bangga dengan kejayaan papanya sehingga bergelar datuk dan nama Muhammad diambil sampena nama Nabi Muhammad s.a.w kekasih ALLAH s.w.t. Dia mahu mengikut jejak langkah papanya untuk memajukan syarikat warisan keluarga. Sememangnya dia mempunyai pakej tersebut namun dia mahu membina kerjaya sehingga berjaya dan kerana itulah dia tidak mempunyai teman istimewa walaupun umurnya sudah menjangkau 27 tahun tidak mendirikan rumahtangga lagi. Sebab  itulah dia selalu  dijadikan isu mamanya apabila anak-anak rakan baik mereka berkahwin. Peningnya dibuatnya.
     Setelah destinasinya sampai dia memarkirkan keretanya bersebelahan kereta BMW hitam metallic, sememangnya restoran itu menjadi tempat pertemuan rakan niaga dan tempat rehat orang kaya termasuk Firman dan papanya untuk berbincang mengenai projek baru. Kehadirannya kali ini adalah untuk berjumpa pelabur dari Australia yang mahu melabur untuk projek usahasama syarikatnya dengan sayarikat dari negara tersebut. Ketika dia menapak ke restoran itu,seorang lelaki ‘mat salih’ melambai tangan ke arahnya yang merupakan kliennya dan kawannya ketika belajar di Australia datang membawa pelabur untuk berkerjasama.
“hai! how are you?,Mr.Firman…”,Samuel memulakan perbualan.
“oh! I am fine…ehmmm…we not meet for a long time right?”,Samuel sekadar mengangguk dan tersenyum lalu mempersila Firman untuk duduk menghadapnya. Di sebelah  Samuel seorang wanita yang juga ‘mat salih’,tersenyum manis lalu memperkenalkan diri.
“hai! My name, Katherine. Nice to meet you Mr..?” sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
“Firman…”,jawabnya sambil menyambut salam Katherine.
“so,shall we?”, Samuel menyampuk untuk berbincang mengenai projek tersebut.
     Setelah berbincang sehingga sejam setengah,mereka menemui kata sepakat untuk bekerjasama. Katherine bersetuju untuk melabur dalam projek tersebut disamping membawa teknologi dari Australia. Kemudian mereka berbual-bual kosang sambil menghabiskan makanan yang dipesan.
“ehmmm, hey!Firman…did you have girlfriend now?”, soalan Samuel membuatkan Firman tersedak kerana sedang menikmati minumannya di Starbucks.
“oh…I am really sorry…”
“its okay…well.. your question can kill me dude!...”mereka bertiga ketawa. Firman menyambung.
“ you know me well, Sam…”
“ yes I know you…workaholic , you know what Katherine. .Firman is not care about women around him, he always think work…work and work…” Samuel memberi kenyataan balas menyebabkan Katherine ketawa.
“no comment!..”, Firman membalas dengan bersahaja.
“well… I will solute to the girl that can make you fall in love, buddy!”
“ehmmm…we will see whose that unlucky girl”, akhirnya ketawa mereka meletus.

     Firman memberi tumpuan kepada pemanduannya ketika mahu pulang ke rumahnya yang terletak di Bukit Antarabangsa sambil telinganya mendengar lagu yang berkumandang dari radio. Ketika membelok masuk ke halaman rumah kelihatan adik lelaki bongsunya sedang bermain  badminton dengan adik perempuan yang masing-masing berumur 15 tahun dan 18 tahun. Dia segera keluar dari kereta kesayanganya lalu merampas raket Amina untuk bermain pula.
“hyung!!!hishh….tak bersivik lansung!” marah adik perempuannya sambil Fakriz tergelak melihat kakaknya.
“auch!!!apa ni…!”, Fakriz pula marahkan abangnya yang membalas pukulan bulu tangkis dan terkena tepat pada muka adiknya. Firman gelak besar kepada mereka berdua. Akhirnya dia memberi semula raket kepada Amina dan dengan rakus Amina mengambil raketnya.
“Amboi! Ganasnya adik aku…”sambil ketawa masih bersisa dan berlalu melangkah ke dalam rumah.
“sibuk je lah…dah pergi sana nuh!”, getus Amina.
     Begitu sikap abang mereka yang suka mengusik adik-adiknya walaupun sibuk bekerja. Firman merupakan anak kedua daripada lima beradik. Abangnya yang sulung,Fakrul sekarang menetap di UK bersama isteri serta anak tercinta dan adiknya, Amanda masih belajar di tanah air papa mereka iaitu di Universiti Seoul manakala Amina masih menunggu keputusan SPM dan yang bongsu masih bersekolah.
     Sebaik sahaja menapak di dapur Datin Rosmina menegur.
“apa yang bising-bising kat luar tu…Firman”
“eh!mana ada diaorang yang kecoh” sambil membuat muka tidak bersalah.       
“Firman Asyraf Lee…ni mama tak habis-habis nak usik kami,benci tau!”, kedengaran tawa Firman dek mendengar namanya disebut penuh oleh Amina menandakan adiknya geram.
“eh!bukan tadi kat luar ke tengah main,ni tetiba masuk ni pakai ilmu hitam ke?”
“mama!...tengok abang ni…”,mama mereka hanya menggelengkan kepala melihat gelagat dua beradik itu, Fakriz yang dari tadi sedang meneguk air oren dengan rakus. Firman terus berlalu naik ke tingkat atas rumah banglo dua tingkat milik Datuk Muhammad dan Datin Rosmina yang berkonsepkan gabungan Korea dan Melayu kerana menghidupkan suasana Korea di samping tidak melupakan adat Melayu. Kata mamanya ini untuk papa supaya tidak terasa terasing berada di Malaysia.
     Firman membuka pintu biliknya dan meletakkan briefcase nya di atas katil lalu terus ke bilik air untuk membersihkan dirinya. Selesai solat dia turun ke bawah untuk menyertai ahli keluarga lain menikmati minuman petang.
“eh!papa mana?”
“sembahyang kat bilik”,sambil mendengar jawapan Fakriz, tangannya terus mengambil sebiji karipap yang tersedia di atas meja duduk yang berada di dalam pondok kecil di satu sudut halaman rumah mereka. Sambil mulutnya mengunyah karipap matanya tertancap  Amina yang sedang asyik menonton Music Bank pada petang tersebut.
“oii!cik kak,tak habis-habis lagi ke tengok Music Bank tu…kang abang makan karipap kegemaranmu ini sampai habis ek..”,sambil tangannya mengambil lagi satu. Sepantas mungkin Amina terus pergi ke arah abangnya dengan muka mencuka lalu mengambil beberapa ketul karipap lalu masuk kembali menyambung tontonannya.
“apa yang best sangat tengok artis k-pop tu…abang tengok tak la hensem mana,rasanya Firman Aysraf Lee ni lagi hensem kan, adik?”,dia bertanya kepada Fakriz.
“hyung?...ehmm ann nia…” Fakriz menidakkan dalam bahasa Korea. Datuk Muhammad telah menghantar mereka ke kelas bahasa asing iaitu Korea supaya mereka tidak lupa asal usul papa mereka.
“eh!hensem pe….”
“jangan nak perasan sangat la abang oii…kalau abang hensem pun kenapa masih tak ada girlfriend?”, Amina membalas dari dalam rumah, kedudukan pondok kecil itu berhampiran dengan ruang untuk menonton televisyen membolehkan mereka berbual.
“eh!budak ni sibuk hal peribadi orang apa sal?”, Firman membalas. Lantas itu, pinggangnya dicubit Datin Rosmina membuatkan dia terjerit kecil dan adik-adiknya ketawa.
“mama…apa ni main cubit-cubit pulak…sakit la…”
“tau pun…yang kata hal peribadi orang kenapa?,betulla tu kalau dah perasan hensem tu kenapa tak kahwin-kahwin lagi…”
“mama ni mula dah dengan soalan killer ni adoi…”,Firman yang perlahan-lahan berlalu untuk menyertai Amina dan Fakriz yang masih menonton rancangan daripada Korea tersebut, ditegur papanya yang sudah turun dari bilik.
“ehmm,betulla tu…bila Fir nak kahwin?...abang kamu pun dah nak masuk anak kedua…kamu ni masih solo…”,seloroh Datuk Muhammad yang fasih berbahasa Melayu kerana sudah bertahun-tahun tinggal di Malaysia tetapi kadangkala berbahasa Korea dengan anak-anak atau berbincang dengan klien dan pelabur dari Korea.
“papa…Firman nak capai impian dulu la…”, datuk dan datin hanya mampu menggeleng kepala mendengar jawapan anak bujangnya itu. Firman terus masuk dan menyertai adik-adiknya,sesekali kedengaran tawanya kerana mengusik Amina dan Fakriz. Sekali lagi datuk dan datin menggeleng kepala melihat gelagat Firman yang suka mengusik adik-adiknya kerana dia pernah menjawab soalan mamanya yang bertanya kenapa suka mengusik adiknya dan jawapannya,
“ Hobi!.”

*sila komen ea ... ;)..


No comments:

Post a Comment