Pages

Saturday, May 18, 2013


BAB 2

      Lagi beberapa hari lagi Aisya akan mengakhiri zaman solonya bersama lelaki yang sudah empat tahun bertakhta di hatinya dan lelaki itu Muhammad Taufiq Alias. Dia tersenyum keseorangan melihat biliknya yang sudah dikemas dan petang esok akan dipasang cadar pengantin. Tema pada hari bersejarah itu adalah biru laut kerana dia dan tunangnya sangat menyukai warna itu yang tenang dan mendamaikan. Sedang berangan ibunya memanggilnya.
“kenapa mak?”
“baju nikah kau dah cuba?mana tau ada yang tersilap ke”.
“ehmmm…dah semalam okay tak ada apa..Cuma nak pergi ambil baju sewa..”
“nanti pergi dengan adik kamu,biar berteman , kamu tu darah manis tak elok keluar kalau dah dekat hari kahwin”. Aisya sekadar tersenyum. Lalu mencari Aliff untuk mengajak pergi mengambil baju sewa pengantin di pekan Bidor pagi esok. Abang-abangnya sudah pulang untuk membantu kerana ayah mereka sudah dua tahun meninggal dunia kerana penyakit jantung. Oleh itu, abang-abangnya perlu melaksanakan tugas yang sepatutnya arwah ayah mereka seperti menguruskan khemah, memastikan majlis tersebut berjalan seperti yang dirancang dan yang paling utama abang sulungnya Aiman akan mewalikan Aisya  pada hari pernikahan pada esok lusa.
     Hari perkahwinan Aisya sangat dinantikan oleh abang-abang,ibu dan adik serta ahli keluarga lain kerana dia anak tunggal perempuan dalam keluarganya,oleh hal yang demikian semua saudara mara sudah mula berkumpul untuk  membantu keluarga mereka dalam majlis pernikahan dan persandingan nanti.
“Aisya , mak long dah talefon jurugambar,katanya pagi hari pernikahan dia sampai”,mak longnya memberitahunya ketika dia membantu ibu saudaranya membuat persiapan akhir barang hantaran.
“okay…terima kasih mak long susahkan mak long je…nanti boleh mak long tolong tunjukkan jalan rumah ya…”                                                                                                                                   
“ehmm…tak ada apalah Aisya sikit je tu ,nanti mak long suruhkan Naim tunjukkan jalannya”, Aisya mengangguk dan tersenyum. Naim merupakan anak ketiga mak longnya dan sepupunya itu masih belajar di UiTM Shah Alam dan sekarang bercuti dan berada di rumahnya untuk membantu keluarganya. Anak-anak mak longnya yang lain akan sampai esok hari kerana mereka masih berkerja.

Hari terakhir persiapan majlis perkahwinannya,semua perkara telah diselesaikan daripada khemah,hidangan untuk tetamu,cendaramata.hantaran, mak andam dan segalanya sudah disiapkan. Cuma menunggu hari pernikahan esoknya, yang akan berlansung sehari sebelum hari persandingan. Aisya sangat gementar walaupun esok merupakan saat-saat yang sangat ditunggu-tunggu oleh dia dan Taufiq iaitu saat mereka disatukan. Dia kini tersenyum bahagia.
     Saat dia meneliti baju kurung moden berwarna putih gading yang dihiasi manik-manik biru laut yang membentuk bunga,akan dipakai esok, dia mendapat mesej daripada bakal suaminya.
‘Assalamulaikum, bakal isteriku…
Esok merupakan saat yang paling ditunggu
Taufiq, diharapkan hidup kita nanti akan
Bahagia  dan dilimpahi rahmat dan berkat
Yang Maha Esa…’
     Aisya tersenyum membaca pesanan tersebut, mindanya seperti tidak dapat untuk berfikir kerana esok akan menjelang tiba. Namun dia tetap membalas.
‘waalaikummussalam, Taufiq…
Aisya akan cuba  menjadi isteri
Yang solehah dan taat kepada suami…’
Pesanannya dibalas lagi.
‘Taufiq akan mencintai Aisya sampai hujung
Nyawa….Insyaallah…’.
     Aisya tersenyum bahagia,makna pesanan tersebut sangat mendalam sebenarnya baginya, dia juga akan mencintai bakal suaminya itu seperti  Saidatina Khadijah mencintai Nabi Muhammad kerana dia sangat mengagumi Saidatina Khadijah yang mempunyai sifat-sifat yang mulia apabila berada di samping suami tercinta serta menjadikan beliau contoh terbaik dalam menjalani kehidupan seorang isteri kelak.

Pagi yang indah diiringi siulan burung yang memeriahkan lagi pagi itu, membuatkan Aisya terasa bahagia kerana hari yang dinantikan sudah tiba. Taufiq yang berangkat dari Alor Star petang semalam dan menginap di hotel yang lebih kurang sejam untuk sampai ke rumah Aisya. Mereka akan dinikahkan pada pukul dua belas tengahari di masjid dalam kampung. Orang-orang kampung sudah mula berkumpul dirumahnya untuk menyediakan hidangan selepas upacara pernikahan berlansung. Aisya yang sudah berinai semalam mengemas  biliknya yang sedikit bersepah kerana saudara-mara perempuannya berkumpul untuk berinai semalam. Semua sepupu dan ibu saudaranya membantunya sambil mengusiknya sehingga merah mukanya. Rakan-rakan sekerjanya akan datang sebelum majlis pernikahan untuk bersama-sama merakamkan detik bersejarah Aisya.
“Aisya…pihak lelaki akan sampai kat masjid, tengahari…Aisya kena siap-siap lepas tu Salina akan bawa Aisya dengan yang lain okay?”, Salina sepupu sebelah ayahnya sudah pun berjanji akan membawanya ke masjid bersama sepupu yang lain untuk menemaninya oleh kerana tiada kakak dan adik perempuan, abang-abangnya dan adiknya pula akan pergi menaiki kereta  pak su mereka. Aisya mengangguk dan tersenyum kepada sepupunya yang sudah bersiap memakai baju kurung Pahang berwarna hijau daun.
     Aisya terus ke bilik air untuk membersihkan dirinya. Dia sebenarnya sudah lama bangun dari tidur sebelum subuh kerana gementar,selepas solat subuh dia membaca Al-Quran beberapa helai untuk menghilangkan gementarnya.
    Biliknya yang sudah terhias cantik dengan langsir di dinding berwarna biru laut dan cadarnya gabungan warna biru laut dan biru tua menambahkan keserian biliknya. Semua perhiasan tersebut ditaja mak long dan mak ngah sebelah ibunya dan bersama-sama sepupu membantu menghias biliknya. Dia sangat berterima kasih kepada saudara maranya yang banyak membantunya.

Taufiq yang segak berpakaian baju Melayu berwarna putih gading dan bersamping biru laut sedondon dengan pengantin perempuan sedang memakai songkok di hadapan cermin. Setelah berpuas hati dia memanggil adiknya.
“Naufal…”
“ye bang…”
“tolong pegangkan handfone dengan wallet abang ya…”
“okay!”, adiknya terus berlalu untuk memberi laluan kepada abangnya mententeramkan diri sebelum akad nikah. Mereka akan bertolak dari hotel sepuluh lagi kerana mengambil masa selama setengah jam untuk sampai ke masjid dan setengah jam lagi ke rumah Aisya. Setelah itu, dia melangkah keluar bilik untuk menyertai adik-beradik yang lain yang sudah menunggu dia. Semua tersenyum penuh makna melihat Taufiq berjalan dengan penuh segak sewaktu keluar dari bilik.
“wah!anak saudara aku ni hensem rupanya…” tegur mak sunya.
“hai…!selama ni Fiq tak hensem la…”,sempat lagi dia bergurau , semua yang berada d situ turut ketawa. Mereka semua akhirnya keluar dari hotel dan ayahnya yang menunggu di lobi hotel tersenyum melihat anak bujangnya yang akan luput status bujang.
“yang awak tersenyum-senyum ni kenapa pulak?”,ibu Taufiq menegur suaminya.
“teringat masa dulu-dulu kahwin dengan awak…”,mereka berdua ketawa termasuk yang lain. Taufiq sekadar tersenyum menyembunyikan rasa gementarnya yang akan berhadapan dengan tok kadi. Ada dua waktu  lelaki paling risau iaitu ketika mahu bersunat dan sewaktu mahu akad nikah. Sunat dah lepas, sekarang akad nikah,bukan apa takut tak lepas kena buat kali kedua,  malu tu!. Selalunya dia mendengar daripada rakan-rakannya yang sudah berkahwin dan kini dia pula yang merasakan, betul apa yang dikatakan oleh rakan-rakan sekerjanya. Gementar dan kadang-kadang geli hati, kerana tidak sangka dia berkahwin dengan Nuraisya yang dipuja dalam diam pada mula perkenalan mereka.
     Aisya yang sudah siap memakai persalinan untuk pernikahan membetulkan tudungnya. Selalunya dia hanya memakai tudung biasa ketika mengajar dan berjalan-jalan tetapi oleh kerana hari ini hari istimewanya, dia mengenakan tudung yang ditempahnya daripada butik terkenal di Bidor dengan disulami manik-manik kecil berwarna biru laut dan meletakkan selendang panjang yang juga berwarna biru laut di atas kepalanya. Aisya begitu anggun sekali dengan persalinan serba putih dan biru laut tersebut tersenyum setelah berpuas hati dengan solekan sederhana daripada mak andam yang disewanya. Dia duduk di birai katil menunggu Salina memanggilnya untuk bertolak.
“amboi…cantiknya kak..jom ambil gambar…bukan selalu nak pakai macam nikan?”,adik sepupunya menegur ketika menjenguk sebentar kakak sepupunya. Mereka mengambil beberapa keping gambar menggunakan kamera sepupunya. Lantas itu Salina menguak pintu bilik Aisya.
“owh!..korang bergambar tak ajak aku ek…”,seloroh Salina lantas terus masuk untuk mengambil gambar sekali. Setelah puas bergambar dan Aisya sudah penat untuk senyum Salina mengajak mereka berdua untuk bertolak kerana  setelah pak su mereka memanggil Salina.
“baru ambil gambar biasa dah penat nak senyum…adoi…nanti lepas akad nikah lagi la kena banyak senyum sampai cekang pipi”,seloroh Salina sambil kata-katanya disambut dengan ketawa Aisya dan adik sepupunya.
      Aisya melangkah keluar dari bilik dengan perasaan gementar,sejurus itu semua mata memandangnya kerana kecantikan yang diwarisi daripada ibunya. Dia berkulit kuning langsat dan mempunyai sepasang mata yang redup persis ibunya ditambah dengan lesung pipit di pipi kirinya. Semua yang memandang memuji kecantikannya kerana padanan warna baju dengan kulitnya. Dia hanya mampu tersenyum sipu.

Kereta Honda Civic putih  yang membawa Taufiq dan adiknya dipandu oleh sepupu mereka dan kereta itu kepunyaan Taufiq. Kereta itu berhenti di lampu isyarat kerana menunjukkan lampu merah. Lagi dua buah kereta yang membawa rombongan berada di belakang kereta Taufiq. Setelah lampu hijau bernyala semua kereta berjalan perlahan termasuk kereta rombongan pengantin. Namun setelah lampu merah bernyala di simpang kiri datang sebuah lori yang laju lalu BAMMM!!!.
     Lori tersebut mengheret  Honda Civic milik Taufik  sepanjang lima kilometer dari tempat tersebut lalu berlanggar dengan tiga buah kereta lain yang datang dari sebelah kanan. Dua buah kereta rombongan terselamat kerana mengikuti kereta Honda tersebut.
     Hampir luruh jantung Pak Samad melihat kereta anaknya dilanggar dan diheret begitu jauh, semua rombongan memberhentikan kereta dan segera berlari ke arah kereta Taufiq. Orang ramai mula mengerumuni tempat kejadiaan. Kelihatan Naufal yang berdarah di muka dan tangan, masih bernyawa,sepupu mereka Rizal kakinya tersepit dan berdarah di muka. Taufiq yang seakan tidak sedarkan diri berdarah di muka dan kepala serta dibadannya berlumuran darah. Keadaan Taufiq yang paling teruk kerana lori melanggar kereta mereka dari arah  tempat duduk Taufiq. Saudara mangsa menalefon ambulans untuk membantu mereka, orang ramai yang menonton kejadian ngeri tersebut membantu mengeluarkan. Dengan pakaian baju melayu yang dipakai ketiga-tiga mangsa, maklumlah orang ramai bahawa mereka mahu ke majlis perkahwinan, ditambah lagi dengan pakaian Taufiq sudah pasti orang ramai dapat meneka bahawa , dia ialah pengantin lelaki.
     Kejadian tersebut turut menyedihkan orang ramai yang berada di situ. Pemandu lori tersebut lelaki India yang dikatakan mabuk baru pulang dari kerja juga tercedera tetapi tidak parah. Seorang pemuda berusia 30-an telah membuat laporan polis dengan menalefon balai polis dan dalam beberapa minit polis sampai ke tempat kejadian.

     Kelihatan sebuah kereta Saga berwarna merun memarkir di di tepi pagar rumah Aisya. Keluar seorang pemuda berbaju melayu berwarna ungu dengan wajah yang suram. Lalu bertanya kepada tetamu yang sudah berada di dalam khemah.
“tumpang tanya boleh saya jumpa dengan Aisya?”
“Aisya dah pergi masjid,baru keluar tadi…kenapa nak?”, jawab seorang mak cik yang kebetulan berada di situ.
“ehmmm,kalau macam tu boleh saya jumpa tuan rumah?”
“kejap…nanti makcik panggilkan.
“terima kasih”, pemuda itu membalas, wajahnya jelas kelihatan kegusaran di hatinya berdebar-debar bagaimana patut dia memberitahu hal yang sebenar. Kerana melihat keadaan rumah yang sudah dipenuhi tetamu dan meriah, dia serba salah.
“ ye nak, cari mak cik?...siapa ya nama anak?”
“ehmmm….saya Hisham..mak cik…?”
“panggil Mak Cik Salmi…kenapa?,  Hisham macam gelisah je.”
“saya sebenarnya tak tahu nak bagitahu macam mana,semua berlaku dalam sekelip mata mak cik..”
“mak cik tak paham”
“saya dari rombongan pengantin lelaki…”,Hisham berhenti seketika, mengambil nafas. Mendengar bahawa dia daripada rombongan pengantin lelaki semua tetamu memandang kepada mereka berdua.
“teruskan ….nak…”
“Taufiq…mak cik…kemalangan…kereta yang dia naik dilanggar lori..adik dan sepupunya pun ada dalam kereta tu…semua ni berlaku dalam sekelip mata…saya terus bergegas ke sini untuk memberitahu…nasib baik tak sesat..pada mulanya mahu talefon tapi…saya tidak pikir panjang mak cik…tu yang terus ke sini…”,panjang berjela penerangan Hisham dan pernyataan yang dibuatnya mengejutkan semua orang di situ, tambahan lagi Mak Cik Salmi, dia kelu seribu bahasa.
     Kakak Mak Cik Salmi menerpa ke arah adiknya yang seakan mahu jatuh.dia tidak menangis mahupun meraung tetapi hanya terdiam seribu bahasa,kakaknya mengurut belakangnya. Mak Ngah menegah anaknya yang juga berada di situ untuk menalefon Aisya kerana bimbang  lalu menyuruh anaknya pergi mencari dan memberitahu Aisya yang dalam perjalanan ke masjid. Mak ngah menyuruh Mak Cik Salmi supaya bersabar, lalu memberi air untuk dia menenangkan jiwa. Hisham yang berada di situ mengikut anak Mak Ngah, Khalid untuk  memberitahu perkara yang telah terjadi.

     Terduduk Aisya mendengar pemberitahuan Hisham, matanya berpinar, badannya lemah , semangatnya turut hilang sejurus Hisham mengakhiri kata-katanya. Dia seperti tidak berpijak  lagi pada bumi. Perlahan-lahan badannya rebah namun sempat disambut Salina yang memegang Aisya dari tadi. Tok kadi yang mendengarnya turut bersimpati, dalam hati tok kadi bermonolog ‘Allah mahu menguji pasangan ini’. Saudara  yang lain sedari tadi menunggu kehadiran pengantin lelaki turut bersimpati. Abang  longnya Aiman terkelu tidak tahu apa yang perlu dikatakan begitu juga Adam dan Aliff.
“Aisya….kuatkan semangat”,Aiman memberi kata-kata peransang kepada Aisya yang telah sedar daripada pengsan. Dia menggengam tangan adik kesayangannya itu. Air mata Aisya mengalir laju dia terasa seolah-olah hilang semua semangatnya.
“Taufiq…”,bibirnya menyebut nama tunangnya seiring dengan air mata yang mengalir tanpa segan.
     Suasana di rumah Aisya terus berubah suram,semua tetamu sudah pulang setelah bertemu dengan  tuan rumah menyatakan simpati dan memberi kata-kata semangat. Hanya tinggal saudara mara sahaja yang membantu menguruskan apa yang tertinggal. Pemberitahuan tentang pembatalan  majlis  kenduri pada esok hari diberitahu Aiman dengan perasaan sedih. Mujurlah tetamu memahami situasi mereka.

Aisya yang berada di hospital daripada tengahari sehingga ke petang telah membuka selendangnya tetapi tidak menyalin pakaian,terus datang bersama-sama Salina. Dia mahu berjumpa terus dengan Taufik yang koma. Sepupu taufik cedera parah dan telah sedar manakala adiknya patah tangan juga telah sedarkan diri. Keluarga Taufiq bermalam di hospital untuk menjaga mereka bertiga. Aisya memandang wajah suram Taufiq yang kepalanya berbalut begitu juga dengan kaki dan tanganya. Sekali lagi air matanya mengalir. Masih terbayang senyuman Taufiq ketika kali terakhir bertemu ketika Taufiq melawatnya di rumah.
“Aisya…kau tak nak makan?”, Salina yang setia menemani Aisya  bertanya. Tetapi hampa dia hanya menggeleng.
“minum?…kau tak makan dari tadi…aku risau la…nanti kau jatuh sakit…”,lembut Salina menegur Aisya sambil matanya sayu melihat Aisya yang masih tidak berganjak dari tadi menunggu tunangnya sedarkan diri. Namun keadaan Taufiq masih seperti itu.
“aku dah bagitahu kawan-kawan kau tentang esok…..”, Salina berhenti seketika.
“mereka bersimpati dengan kau”. Namun tiada respon daripada Aisya. Salina diminta oleh Adam supaya menghubungi rakan-rakan Aisya untuk memberitahu pembatalan majlis tersebut. Salina membungkam, suasana sepi menyelebungi kembali di wad tersebut.

1 comment: