Pages

Friday, May 31, 2013

BAB 5


     Angin pantai membelai lembut wajah Aisya ketika dia berjalan-jalan di persisiran pantai seorang diri. Mak dan kakak-kakak iparnya sedang menyiapkan makanan yang dibawa manakala abang-abangnya dan adik sedang mandi bersama-sama dengan  anak saudaranya. Dia meminta diri untuk berjalan-jalan di gigi air ibunya amat memahaminya dengan membenarkannya. Di kejauhan terdengar bunyi riuh kerana pada hujung minggu terdapat banyak orang ramai yang datang ke Teluk Batik bersama-sama keluarga dan ada juga bersama-sama dengan rakan-rakan. Dia menghelakan nafasnya panjang , menyedut udara yang segar dengan perlahan dia memejamkan matanya lalu terbayang wajah arwah Taufik berlayar di mata. Lantas dia membuka mata dan merenung jauh ke arah laut yang luas. Lama dia begitu sehinggalah bunyi talefon bimbitnya berbunyi.
     “Kak Aisya, jom makan. Kami semua tunggu akak ni buat apa lama-lama tu, cepatlah…lapar dah ni!”, kedengaran suara adiknya Aliff menalefonnya lantas dia memandang ke arah adiknya yang melambai-lambai dari jauh sambil talian tidak diputuskan lagi. Dia tersenyum lalu kakinya melangkah ke  arah adiknya itu.
“kak, letak la talefon nanti habis kredit orang…”. Kedengaran tawa kecil Aisya apabila adik lelakinya merengek.
“yelah…”
     Mereka berdua terus berjalan beriringan menuju ke arah tikar yang telah dihamparkan di bawah sepohon pokok yang rendang dan  berhadapan dengan laut yang luas.
“dah tahu kredit tu ciput, kenapa call akak?”, soal Aisya ketika berjalan.
“tak larat nak pergi kat akak dah, penat mandi tadi. Dah ada kemudahan apa guna kan…”, adiknya ketawa. Aisya menggelengkan kepalanya melihat adiknya berlari-lari ke arah tempat mereka berteduh, dalam hatinya berkata-kata, ‘itulah remaja sekarang semua benda nak senang je, hai…!’.
     Sejurus itu, Aisya duduk berhampiran kakak iparnya yang sulung Kartina. Lantas Kartina menghulurkan pinggan yang berisi  mihun goreng Singapura kepadanya, dengan spontan Aisya mengambil sambil tersenyum. Dia menyuapkan satu sudu yang penuh dengan mihun goreng itu, setelah itu Tashriq merengek-rengek mahu Aisya menyuapnya.
“Tashriq, kacau achik makan. Sudah tadi dah makan, saje dia..”
“tak pelah kak budak-budak, nak?”, sambil tangannya menyuapkan anak saudaranya yang bermata bundar seperti kakak iparnya dan berkulit sawo matang seperti abangnya.
“jom!, ikut pak ngah pergi mandi lagi nak?”
“nak….nak….”
“elok-elok pergi mandi tu…tengokkan budak tu Adam”, jerit Mak Cik Salmi kepada anak keduanya yang pergi menyertai Aliff yang sudah pun terjun ke laut setelah habis makan.
“Adam, macam budak-budak. Tu dah nak jadi ayah tak lama lagi”, Mak Salmi berkata-kata tentang anaknya.
“ehmmm, biasalah tu mak. Kat rumah kalau mak nak tau, tengok lagi kartun. Cerita Detektif Conan la, Final Fantasy la, Naruto la…macam-macam dia tengok”, jawab isteri Adam yang sedang sarat mengandung anak pertama setelah setahun usia perkahwinan mereka. Pernyataan itu menyebabkan Kartina dan Aisya ketawa mendengarnya.
“macam mak tak tahu, kartun Detektif conan tu dia minat sejak sekolah menengah lagi siap letak kat facebook dia Sinichi Kudo” Aiman memberi penjelasan tentang minat Adam masa zaman remajanya. Selepas itu, Aiman terus ke kaunter pembayaran untuk menyewa ‘banana boat’ kerana sudah berjanji dengan anaknya kalau tidak sudah pasti merajuk.
“Aisya, jom teman akak pergi tengok kat gerai buah tu ada apa?”, Kartina mengajak Aisya setelah dilihat dia menghabiskan makanannya dan minum air oren yang dibawa dari rumah.
“okay, jom”
“tak pe kak, biar Marisa jaga Tania, dia pun tengah tidur kesian dia…”
“ehmmm, okaylah kalau macam tu, Marisa nak apa-apa, biar akak belikan? Mak?”
“akak belikan rojak buah, teringin pulak rasanya”, sambil tangan menghulurkan sekeping not lima ringgit kepada Kartina.
“tak pe, tak payah, akak belanja, mak?”. Mereka berdua terus sahaja berlalu setelah ibu mereka  tidak mahu apa-apa untuk Kartina beli.

Lisa memandang ke arah halaman rumahnya menanti kepulangan suaminya kerana mahu makan malam bersama-sama. Namun dia kecewa setelah melihat kereta yang berlalu di hadapan rumahnya bukan kereta suaminya. Akhirnya dia tertidur di sofa kerana penat menanti kepulangan suami.
     Jam menunjukkan dua belas pagi, kedengaran kereta Ford  berwarna memasuki perkarangan rumah Lisa. Dia terjaga lalu membukakan pintu rumah, kelihatan Johan yang sedikit kepenatan melangkah longlai keluar dari kereta. Lisa tersenyum  memandang suaminya.
“Kenapa tak tidur lagi?”
“tunggu abang, balik. Dah makan?”
“belum, Lisa?sorry, abang lambat. Banyak kerja sampai lupa nak balik”
“tak pe. Abang pergi mandi dulu , Lisa nak panaskan lauk, lepas tu kita makan. Johan tersenyum memandang isterinya, dia naik ke tingkat atas untuk ke bilik dan membersihkan dirinya.
     Lisa menghidangkan makanan di atas meja sambil menunggu suaminya turun. Setelah mengangkat air oren yang dibancuhnya tadi  dan meletakkan di atas meja , dia segera ke atas untuk memanggil suaminya turun.
“abang…abang”. Lisa tersenyum melihat Johan tertidur di atas sofa kecil di dalam biliknya, lalu dia menggerakkan suaminya.
“abang, jom makan…saya dah panaskan lauk. Abang lapar kan”. Dengan spontan Johan bangun setelah mendengar Lisa memanggilnya.
“sory, abang tertidur. Biasalah kalau dah lepas mandi mata rasa sayu nak tidur”. Kedengaran tawa Lisa. Johan sekadar tidur ayam sahaja sementara menunggu  isterinya memanaskan lauk untuk makan malam mereka.
     Lantas ,  mereka berdua turun bersama-sama. Hidung Johan terhidu lauk yang sudah dimasakkan Lisa selepas dia pulang daripada kerja petang tadi. Tanpa berlengah lagi Johan segera duduk dan Lisa menyenduk nasi ke dalam pinggan Johan. Mereka makan dalam keadaan yang aman.
“Lisa , abang ada berita baik”. Johan membuka perbualan ketika dia meolong isterinya membasuh pinggan.
“ya!berita apa tu bang?”
“abang , dinaikkan pangkat jadi senior eksekutif”
“Alhamdullilah…akhirnya tak sia-sia usaha abang selama ni”. Mereka berdua tersenyum bahagia.
“kalau macam tu, abang kena belanja Lisa , boleh?”
“untuk , sayang apa pun boleh”. Sambil tangannya merangkul erat bahu isterinya dan mereka berdua sangat bahagia namun kehidupan mereka masih belum lengkap tanpa kehadiran cahaya mata. Setelah berkahwin selama hampir dua tahun mereka masih belum mempunyai anak kerana Johan dan Lisa sangat menginginkan rumah mereka dihiasai dengan tangis dan tawa si bayi.tetapi mereka tetap bersabar kerana bagi mereka berdua, belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata.


Pagi itu begitu sibuk dengan warga kota berpusu-pusu ke tempat kerja masing-masing. Pelbagai gelagat mereka boleh dilihat sepanjang jalan raya tersebut. Ada yang tidak henti-henti menekan hon kerana mahu cepat dan ada yang tidak mempedulikan orang lain dengan memotong dengan melebihi had laju. Begitu juga Firman yang sudah lama terperangkap dalam trafik itu. Dia mahu cepat kerana pada pagi tersebut dia perlu menghadiri mesyuarat penting bersama-sama ahli lembaga syarikat bagi membincangkan projek baru yang bakal dilaksanakan. Sesekali dia menekan hon, geram.
“Hish , apa lembab sangat ni, aku nak cepat”. Dia segera menghubungi  Suzan.
“Hello , saya lambat sikit hari ni, trafik jam la. Bergerak macam semut, tolong maklumkan kepada Datuk ya”
“Baik, bos.”
     Setelah  tiga puluh minit terperangkap dalam trafik, barulah jalan tersebut bernyawa dan perjalanan lancar. Namun dia sampai agak lewat akibat kesesakan lalu-lintas yang menghalangnya.
     Dia segera memberhentikan keretanya di pintu hadapan utama , lalu memberikan kunci kereta kepada pengawal yang bertugas untuk memarkir di tempat letak kereta. Selalunya dia sendiri yang akan memarkirkan keretanya kerana terlalu sayang akan keretanya. Namun , oleh kerana dia sudah terlewat untuk masuk mesyuarat.
     Dengan rakus dia membuka pintu bilik mesyuarat, namun dia terkejut.
“surprise! Happy birthday !!!…”. Serentak kakitangan Syarikat Green Technology. Namun Firman masih terpinga-pinga.
“oits!, Fir…tak kan kau lupa hari lahir sendiri kot..”
“hari ni ek?bukan ada mesyuarat penting ke?”. Dia ketawa, betul dia terlupa hari lahirnya kerana terlalu sibuk dengan kerja.
“patutla, orang kata kau ‘workaholic’…aku tipu je, mesyuarat tu minggu depan…dah jom tak payah nak muka toya kat sini,jom!”
“ happy birthday to you…happy birthday to you….happy birthday to Firman Asyraf Lee…happy birthday to you…”. Kelihatan Datin Rosmina dan Datuk Muhammad bersama-sama adiknya Amina yang membawa kek berperisa krim Vanilla dihiasi dengan bunga ros berwarna biru tiga kuntum dan pada kek tersebut tertulis ‘Happy Birthday to Firman’
“terima kasih…”, dia segera memotong kek tersebut. Lilin tidak diletakkan kerana keluarga mereka tidak suka kek hari lahir diletakkan lilin.
     Firman menghampiri mama dan adiknya yang sedang menjamah kek hari lahirnya.
“mama, bukan tadi kat rumah ke?”
“itu  tadi, masa kau keluar mama dan Amina pun keluar ikut papa”
“owh, tapi tadi kan trafik jam. Macam mana mama dan papa sampai dulu?”
“kami guna jalan lain”, Amina menyampuk. Fakriz tidak ada kerana bersekolah. 
“owh…ehmmm mana hadiah abang?”
“hadiah, kat rumah la malas nak bawa. Nanti abang pun nak balik rumah jugak kan
“eleh..kede…”. Amina sekadar buat tak tahu, malas nak bertekak dengan abangnya kerana mereka berada di pejabat papanya dia mahu menjaga reputasi papa dan abangnya kerana kalau sudah mula bertekak macam-macam boleh keluar. Walaupun abangnya sering mengusiknya tetapi dia sayangkan abangnya kerana usikan itulah merapatkan hubungan mereka adaik-beradik.
     Kemudian Firman pergi menyapa kakitangannya untuk mengucapkan terima kasih di aras jamuan kecil yang diadakan khas untuknya.
“terima kasih la semua, susah-susah je”
“tak ada hal la, bos, lagipun Encik Ikram yang plan semua ni. Kami sekadar membantu apa yang patut”. Khairul membalas, dia salah seorang pekerja yang sudah lama berkhidmat untuknya.
“tapi, kenapa bos boleh lupa hari lahir sendiri”. Suzan menyampuk.
“biasalah tu, Suzan. Awak macam tak tahu bos awak ni sangat ‘sayang’ akan kerja-kerjanya. Betul tak , Firman”. Tiba –tiba Ikram datang menyertai mereka.
“ye la tu…”, Firman  berseloroh.
“Firman, jangan lupa, lagi dua belas hari, kau kena jadi pengapit aku”
“Amboi! Kau countdown hari nampak, bro”. Firman mengusik.
“mestilah, menghitung hari mengakhiri status bujang”. Kedengaran ketawa mereka yang berada di situ.
“kamu semua jangan lupa datang”
“datang punya Encik Ikram”. Sampuk seorang lagi kakitangan iaitu Rosnita yang sudah berkahwin dan mempunyai anak tiga.
“Bos pulak, bila?. Takkan nak terus membujang, lagipun bos pun dah  masuk  27 tahun dah. Tak ada teman istimewa?”, Suzan bertanya kepada Firman
“soalan ‘killer’ ni. Jodoh belum sampai”, bersahaja Firman menjawab soalan Suzan.  
     Namun dalam hati Suzan belum puas, dia mahu tahu sama ada bosnya itu sudah ada atau tidak teman istimewa. Hal ini disebabkan, dia sudah lama menyimpan perasaan terhadap Firman, walaupun dia berbangsa lain dan mempunyai teman lelaki iaitu Jason tetapi dia tertarik dengan sesuatu yang dimiliki Firman yang tidak ada pada Jason. Tambahan pula dia menganggap Jason sebagai ‘lubuk emasnya’ sahaja.

     Aisya menunggu Salwa di lobi Hotel Sri Malaysia , sebelum pergi bersarapan kerana mereka perlu mengahadiri ceramah yang diadakan di dewan. Kursus yang dihadiri oleh semua guru-guru perpustakaan dari seluruh  Semenanjung Malaysia  sudah sehari bermula semalam. Kursus tersebut bagi memantapkan perpustakaan sekolah sebagai tempat pelajar-pelajar menelaah sendirian dan menjadikan pelajar berminat untuk ke perpustakaan.
“ hai …maaf aku lambat. Tu la kau turun tak tunggu aku”, tegur Salwa yang juga guru perpustakaan.
“ehmmm, kau lambat sangat ber make up siapa suruh. Daripada aku tercongok tunggu kau baik aku turun boleh jugak cuci mata tengok pemandangan kat sini”.
“ehmmm, yelah. Dah jom aku dah lapar ni”.
     Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke makan yang disediakan hotel untuk peserta kursus tersebut. Kelihatan guru-guru yang lain juga turut  berada di situ menjamu  selera dengan sarapan pagi iaitu, nasi lemak dan Nescafe panas.
“boleh saya duduk sini?”. Tiba-tiba tegur seorang guru lelaki berkaca mata yang tersenyum manis. Orangnya tinggi dan berdada bidang, berkulit sawo matang serta berwajah melayu tulen.
“boleh, sila…” pantas Salwa mengajak guru tersebut duduk bersama-sama dengan mereka. Aisya sekadar  tersenyum.
“saya, Badrol dari Perlis. Kamu berdua?”
“saya Salwa dan ni kawan saya Aisya. Kami dari Perak”. Salwa membalas pertanyaan guru lelaki tersebut yang dikenali sebagai Badrol.
“perak? Daerah mana?”
“Bidor”. Salwa juga yang membalas. Aisya sekadar berminat dengan makanannya dan hanya diam membisu. Badrol memandang sekilas ke arah Aisya , “manis…”. Tiba-tiba hati lelakinya berdetik. Tetapi dalam fikiran bercongak untuk membuatkan Aisya bersuara kerana diam sahaja dari tadi dan cuma tersenyum kepadanya.
“agaknya, dalam mulut Aisya ni ada emas ya?”. Badrol buat lawak.
“emas?”. Salwa terpinga-pinga. Kemudian baru dia faham dan ketawa.
“tak, masa makan tak elok bercakap”.
Gulp!..ambik kau kena sekali, padan muka aku. Kata Badrol dalam hati dan melemparkan senyuman kepada Aisya yang menyindirnya. Aisya pula tiada reaksi.
     Setelah selesai bersarapan, semua guru-guru yang meyertai kursus tersebut beramai-ramai menuju ke dewan untuk mendengar ceramah  yang akan disampaikan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Salwa dan Aisya mengambil tempat di tengah-tengah dan sekali lagi Badrol datang dan duduk bersebelahan dengan mereka tetapi kali ini dia bersama-sama dengan tiga kawannya.
     Begitu khusyuk semua peserta mendengar ceramah yang disampaikan, majoriti guru-guru mencatit butir ceramah di dalam buku dan ada juga yang membawa ipad.
     Setelah sejam setengah mendengar ceramah, mereka kemudian keluar beredar menuju ke bilik sementara menunggu bas untuk membawa mereka ke Perpustakaan Negara yang terletak di Putrajaya untuk membuat lawatan di sana. Aisya dan Salwa tidak naik ke bilik mereka sekadar berada di sekitar hotel kerana tidak mahu mengahabiskan tenaga untuk ke bilik. Oleh itu, mereka mengambil kesempatan untuk membuat lawatan tidak rasmi sekitar hotel.
“Aisya, kau tunggu kejap kat sini aku nak ke toilet”. Aisya mengangguk kemudian dia berjalan menuju ke swimming pool melihat pelancong yang berada di situ bersama-sama keluarga. Lalu dia duduk di kerusi berhampiran di situ. Tiba-tiba dia terpandang seorang wanita berumur tetapi  masih bergaya tergelincir kerana air yang terpercik di tepi kolam yang berhampiran dengannya. Dia segera menuju ke arah wanita tersebut.
“Ehmmm, puan kenapa?boleh saya tolong?”. Aisya memanggil wanita itu puan kerana janggal kalau dipanggil mak cik kalau dilihat dari segi pakaian dan gaya wanita tersebut.
“saya tergelincir”
“tak pa, mari saya bawa puan ke sana”, sambil dia menunjukkan kerusi yang paling dekt dengan mereka.
“Aduh!”, tiba-tiba wanita itu mengerang kesakitan.
“pelan-pelan”. Aisya menyuruh wanita tersebut duduk di kerusi, sementara dia melihat kaki wanita berumur itu.
“kaki puan terseliuh ni. Puan tahan sikit saya nak urut kaki puan”. Hati wanita itu tersentuh melihat keprihatinan gadis di hadapannya. Sesekali terdengar suara wanita itu sedikit menjerit ketika Aisya membetulkan urat yang terseliuh.
“dah. Tapi puan kena jalan perlahan-lahan sebab belum pulih sepenuhnya”
“terima kasih. Awak datang dari mana?”
“saya orang  Perak. Datang kat sini ada kursus tiga hari.”
“saya datang sini nak jumpa kawan ,lupa pulak saya, Datin Rosmina. Nama awak?”
“saya Aisya. Datin? Maafla saya panggil puan tadi?”
“eh!tak apa. Nak panggil mak cik pun boleh, saya tak kisah dengan panggilan ni…” mereka berdua ketawa. Dalam hati Aisya berkata-kata, sungguh baik wanita ini walaupun kaya tetap merendah diri. Tiba-tiba Salwa datang memanggil kerana bas mereka sudah sampai.
“ehmm, tak palah datin, bas dah sampai kami kena pergi ke perpustakaan Negara ada lawatan, Datin tak pa ke seorang ni”
“tak pa, pergilah…  saya ada teman, anak saya dia ke tandas sekejap nanti saya talefon dia”
“ehmmm, kalau macam tu saya pergi dulu”. Aisya bersalam dengan Datin Rosmina.
“sebelum tu, boleh saya minta nombor talefon  Aisya”.
“boleh”, Aisya terus memberi nombornya setelah dia menyebut kepada Datin Rosmina yang cekap menaip di talefon bimbitnya.
     Kemudian dia terus menuju ke arah Salwa yang menunggunya.
“siapa tu?”
“dia tergelincir tadi, aku tolong”
“owh…”, bulat mulut Salwa membalas. Mereka berjalan menuju ke arah bas yang telah menunggu mereka.
     Datin Rosmina tersenyum melihat Aisya lalu ditegur Amina.
“mama..!kenapa ni?”
“tergelincir tadi, mujur ada perempuan baik tolong”
“perempuan?”
“ehmmm, manis orangnya semanis namannya”. Amina terpinga-pinga tidak memahami lalu memapah mamanya.
    


No comments:

Post a Comment